Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasukan S’pura raih tujuh pingat lagi

Raih empat pingat daripada acara individu
Oct 21, 2024 | 5:55 PM
Pemain boling Singapura (dari kiri) Philip Tang, Adam Chew, Karen Song, Jessie Lim, Hairon Awang, dan Paiman Dali, raih pingat dalam acara beregu untuk tiga divisyen berbeza iaitu lelaki lebih senior, lelaki senior, dan wanita senior.
Pemain boling Singapura (dari kiri) Philip Tang, Adam Chew, Karen Song, Jessie Lim, Hairon Awang, dan Paiman Dali, raih pingat dalam acara beregu untuk tiga divisyen berbeza iaitu lelaki lebih senior, lelaki senior, dan wanita senior. - Foto SINGAPORE BOWLING FEDERATION

Setelah meraih empat pingat daripada acara individu minggu lalu, Skuad Boling Senior Singapura kembali menyumbang tujuh pingat di Kejohanan Boling Senior Syntech Asia ke-17 bagi acara beregu, kumpulan dan dalam semua acara.

Sejumlah 320 pemain boling bertanding di empat divisyen dari 12 negara.

Singapura diwakili 44 pemain boling merentasi empat divisyen iaitu divisyen lelaki senior, divisyen wanita senior, divisyen lelaki lebih senior, dan divisyen wanita lebih senior.

Pada acara beregu, Singapura berjaya merangkul dua pingat emas dan satu pingat gangsa.

Pingat emas berjaya diraih Paiman Dali dan Hairon Awang bagi acara beregu untuk divisyen lelaki senior. Sebelumnya, Paiman, 61 tahun, dan Hairon, 64 tahun, telah meraih pingat bagi acara individu.

Emas kedua bagi acara beregu dimenangi Philip Tang, 68 tahun; dan Adam Chew, 69 tahun. Tang dan Chew merupakan wakil Singapura bagi divisyen lelaki lebih senior.

Pada acara beregu divisyen wanita senior pula, pingat gangsa dimenangi Karen Song, 51 tahun; dan Jessie Lim, 59 tahun.

Ia adalah pingat kedua bagi Song setelah berjaya meraih pingat perak bagi kategori wanita senior di acara individu pada 16 Oktober.

Pada 20 Oktober, pingat yang diraih bertambah di akhir pertandingan untuk acara kumpulan dan semua acara.

Skuad Singapura meraih sejumlah 11 pingat pada 20 Oktober.

Pada acara kumpulan, dua pingat gangsa berjaya diraih masing-masing oleh skuad lelaki senior dan skuad lelaki lebih senior.

Skuad lelaki senior diwakili Hairon, Zulkifli, Young, dan Paiman.

Skuad lelaki lebih senior pula diwakili Philip Tang, Adam Chew, Steven Ang, dan Rick Tan.

Satu pingat emas dan satu pingat perak kembali dipersembahkan oleh skuad lelaki senior dan lelaki lebih senior di semua acara.

Paiman meraih pingat perak di semua acara divisyen lelaki senior, sementara pingat emas diraih Phillip Tang di acara yang sama bagi divisyen lelaki lebih senior.

Kejohanan masih berlangsung hingga 22 Oktober dengan acara Masters menjadi puncak pertandingan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg