Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Boling, wushu, memanjat antara sukan tampil semula di Sukan SEA 2025

SNOC: Senarai muktamad akan disahkan selepas mesyuarat majlis SEAGF pada akhir Okt
Sep 26, 2024 | 7:52 PM
Pemain boling Singapura, Darren Ong (kanan), merangkul pingat emas dan Jaris Goh, memenangi pingat perak pada Kejohanan Boling Dunia IBF 2023 di Kuwait.
Pemain boling Singapura, Darren Ong (kanan), merangkul pingat emas dan Jaris Goh, memenangi pingat perak pada Kejohanan Boling Dunia IBF 2023 di Kuwait. - Foto SBF
Berita baik bagi penggiat acara memanjat Singapura selepas sukan ini disertakan dalam senarai di Sukan SEA Thailand pada 2025.
Berita baik bagi penggiat acara memanjat Singapura selepas sukan ini disertakan dalam senarai di Sukan SEA Thailand pada 2025. - Foto fail
Wushu turut diberi ‘lampu hijau’ untuk disertakan ke dalam senarai Sukan SEA Thailand pada 2025.
Wushu turut diberi ‘lampu hijau’ untuk disertakan ke dalam senarai Sukan SEA Thailand pada 2025. - Foto fail

Sepanjang 2023, pemain boling Singapura cemerlang di peringkat serantau dan antarabangsa, memenangi kejuaraan di Kejohanan Boling Dunia, Kejohanan Tenpin Asia dan Kejohanan Remaja Dunia.

Mereka akan berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan itu apabila sukan itu kembali semula dipertandingkan di temasya Sukan SEA yang akan dihoskan Thailand dari 9 hingga 20 Disember 2025, selepas digugurkan daripada edisi temasya sukan 2023.

Pada 26 September, Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) mengesahkan kepada The Straits Times (ST) bahawa Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) telah meluluskan penyertaan boling, wushu, sukan memanjat, jiu-jitsu dan kriket untuk Sukan SEA akan datang.

Karate juga akan disertakan semula ke temasya sukan serantau itu, lapor Bernama

Difahamkan bahawa SNOC telah membuat rayuan agar lima sukan itu menjadi sebahagian daripada sukan-sukan yang dipertandingkan selepas wushu, jiu-jitsu, karate, boling rumput dan angkat berat dikeluarkan dalam senarai awal pada Jun.

Boling rumput dan angkat berat bagaimanapun tidak disertakan dalam program Sukan SEA 2025.

Tuan rumah Thailand kemudiannya mencadangkan 40 sukan dipertandingkan di Bangkok, Chonburi dan Songkhla.

Jurucakap SNOC berkata: “Program akhir akan disahkan secara rasmi selepas pengesahan majlis SEAGF pada mesyuarat mereka yang akan datang pada akhir Oktober.”

Pada Sukan Hanoi 2022, pemain boling Singapura mengungguli pungutan pingat dengan tiga emas, satu perak dan satu gangsa, sebelum sukan itu dikeluarkan daripada acara Phnom Penh pada 2023.

Presiden Persekutuan Boling Singapura (SBF), Valerie Teo, mengalu-alukan berita “hebat” mengenai ‘pusingan U’ yang dibuat itu kerana Thailand, Malaysia dan Singapura – tuan rumah masing-masing bagi tiga edisi sukan dwitahunan seterusnya – telah komited kepada program mengikut piawai untuk membantu atlet serantau bersedia untuk Sukan Olimpik dan Sukan Asia.

Ini bermakna pemain boling negara juga boleh berharap untuk bersaing di tanah air pada 2029.

Beliau menambah:

“SBF telah bersungguh-sungguh mengembangkan sukan ini, memastikan saluran bakat, dan mengukuhkan kedudukan kami dalam kalangan pemimpin dunia dalam boling.

“Kami dapat melihat atlet muda kami belajar daripada pemain berpengalaman dan juga bekerja dengan baik dengan pasukan bimbingan kami.

“Perpaduan ini tanda baik untuk Team Singapore kerana ia memastikan SBF dapat bersaing di Sukan SEA dengan bakat lama dan baru.

“Kami amat berterima kasih atas sokongan yang membolehkan kami menantikan Sukan SEA dengan harapan dan janji.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg