Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Pasukan tchoukball wanita derma sebahagian hadiah kemenangan

Aug 24, 2023 | 11:59 AM



Lapan anggota pasukan tchoukball wanita nasional 2022 mengambil keputusan untuk menyumbang kembali kepada persatuan sukan itu selepas mereka ditabal sebagai Pasukan Terbaik tahun lalu (Sukan Berpasukan) buat kali pertama di Anugerah Sukan Singapura pada Rabu.

Kesemua lapan mereka telah berikrar mendermakan sebahagian daripada hadiah berbentuk wang berjumlah $10,000 itu, menurut The Straits Times.


Bercakap di majlis penganugerahan itu di Hotel Orchard, kapten pasukan, Irene Tan berkata:

“Saya fikir dengan kemenangan ini, sebahagian daripada kami benar-benar mahu menderma kembali kepada persatuan tchoukball, jadi apabila ia mendapat status badan amal, Tchoukball Singapura boleh meraih manfaat untuk membantu para atlet masa depan. Itulah sumbangan sebenar yang diharap para atlet demi masa depan.”

Pada permulaan 2023, pasukannya telah mencapai kedudukan pertama peringkat dunia setelah mencatat kemenangan bersejarah ke atas Chinese Taipei dalam final Kejohanan Tchoukball Asia Pasifik 2022.

Status amal akan melayakkan Persatuan Tchoukball Singapura (TBAS) untuk mendapat Dana Satu Pasukan Singapura oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), di mana pemerintah akan memadankan derma kepada persatuan-persatuan sukan nasional.

Presiden TBAS, Delane Lim amat teruja dengan sumbangan anggota-anggota pasukan tchoukball itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >