Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sheik Farhan Olahragawan Terbaik Anugerah Sukan S’pura 2023

Farhan pesilat pertama raih pengiktirafan sukan terunggul negara; pemain tenis meja, Feng Tianwei Olahragawati Terbaik
Aug 23, 2023 | 10:51 PM



Juara dunia empat kali Sheik Farhan Sheik Alau’ddin dinobat Olahragawan Terbaik bagi tahun lalu di Anugerah Sukan Singapura 2023, sekali gus mencipta sejarah sebagai pesilat pertama menerima anugerah yang mengiktiraf pencapaian atlet terunggul negara itu.

Anugerah Olahragawati Terbaik pula dimenangi atlet tenis meja, Feng Tianwei, kali keempat beliau meraih anugerah tersebut.

Anugerah tahunan itu, yang diberikan di majlis khas di Hotel Orchard pada Rabu mengiktiraf pencapaian individu dan pasukan pada 2022.

2022 dianggap tahun cemerlang untuk Farhan, 25 tahun.

Anak kepada legenda silat Singapura Sheik Alau’ddin Yacob Marican itu memenangi pingat emas dalam Sukan SEA di Hanoi pada Mei sebelum meraih gelaran dunia keempatnya dua bulan kemudian.

Pencapaiannya itu menyakinkan panel penilai SSA untuk memberikannya anugerah Olahragawan Terbaik itu kepada Farhan dan bukan calon lain seperti Loh Kean Yew (badminton), Jonathan Au Eong (lawan pedang), Teong Tzen Wei (renang) dan Alvin Woo (xiangqi)

Feng, 36 tahun, turut menikmati prestasi yang menakjubkan pada tahun lalu.

Beliau mengucapkan selamat tinggal kepada kerjaya kompetitifnya dalam kempen yang luar biasa di Sukan Komanwel 2022, di mana beliau merangkul tiga emas.

Beliau mengatasi Siti Khadijah Shahrem (silat), Ngo Lan Huong (xiangqi), Quah Jing Wen (renang), Cherie Tan (boling), Contessa Loh (memanah), Teh Xiu Hong (menembak).

Feng pernah memenangi anugerah Atlet Wanita Terbaik pada 2010, 2013 dan 2018.

Dalam pada itu, anugerah Olahragawan (Budak) Terbaik dimenangi Maximilian Maeder, 18 tahun, juara dunia tiga kali dalam kapal layar. Atlet boling wanita Colleen Pee, juga 18 tahun, menerima anugerah bagi budak perempuan.

Pasukan wanita tchoukball Singapura, yang meraih kemenangan bersejarah ke atas Chinese Taipei dalam Kejohanan Bola Tchouk Asia Pasifik 2022, dinobat Pasukan Terbaik (Sukan Berpasukan)

Pasangan suami isteri badminton Terry Hee dan Jessica Tan pula memenangi anugerah Pasukan Terbaik (Acara), kerana memenangi pingat emas pertama Singapura dalam acara regu campuran di Sukan Komanwel.

Anugerah Jurulatih Terbaik dimenangi oleh ketua jurulatih renang nasional Gary Tan.

Anugerah Sukan Singapura dianjurkan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) sejak 1968 dan diadakan bersama agensi sukan negara Sport Singapore (SportSG), dengan sokongan Tote Board.

Turut hadir di majlis penyampaian anugerah ialah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong.

Pemangku presiden SNOC, Cik Jessie Phua turut hadir. Dalam ucapannya, beliau berkata:

“Atlet, pergi mengejar impian anda. Terus memecah rekod, membuat yang terbaik anda dan membanggakan Singapura. Terima kasih kepada anda semua atas sumbangan anda pada landskap sukan kita.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >