Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pasukan tenis meja S’pura sasar masuk pusingan kelayakan

Feb 16, 2024 | 03:40 PM



Pemain tenis meja Singapura, Izaac Quek, mempunyai kenangan manis pada 2023, setelah berjaya mencipta nama untuk dirinya di pentas antarabangsa.

Pemain berusia 17 tahun itu memenangi emas bagi acara perseorangan lelaki, beregu dan berpasukan di Sukan SEA Kemboja serta memasuki ranking 100 teratas dunia.

Di samping itu, beliau turut berjaya mengalahkan sekumpulan pemain handalan dunia.

Ini termasuk pemain nombor 21 dunia warga Perancis, Alexis Lebrun, juara Sukan Commonwealth, Kamal Achanta, dan juara dunia beregu lelaki Sweden, Mattias Falck.

Remaja itu kini menyasarkan matlamat lebih besar pada 2024 – melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris, lapor The Straits Times (ST).


“Persembahan baik saya tahun lalu (2023) membuat saya lebih yakin dan bersemangat untuk bekerja lebih keras. Yang penting, saya perlu cuba sebaiknya,” ujarnya.

“Semua lawan saya lebih tua dan lebih berpengalaman daripada saya, jadi saya masih terus belajar dalam setiap perlawanan.”

Pengalaman beliau pada 2023 juga membuatnya lebih yakin pada kebolehannya sendiri.

“Selepas persembahan baik dalam kejohanan tahun lalu (2023), saya tahu apa yang saya perlu baiki.

“Yang penting, saya harus bekerja keras semasa latihan, baiki kelemahan saya, dan bermain dalam setiap perlawanan tanpa rasa tertekan,” tambah Izaac.

Kini, beliau dan rakan sepasukannya berharap dapat memasuki pusingan kelayakan bagi Sukan Olimpik di Kejohanan Tenis Meja Berpasukan Dunia di Busan, Korea Selatan.

Lapan pasukan terbaik akan memburu tempat pada kejohanan dari 16 hingga 25 Februari itu.

Bagaimanapun, dengan 80 pasukan bersaing untuk 16 tempat dalam sukan itu – lapan untuk pasukan lelaki dan wanita setiap satu, pemain warga Singapura itu akur perjalanan melayakkan diri ke Olimpik sememangnya sukar dan mencabar.

Pasukan lelaki nombor 22 dunia Singapura, terdiri daripada Izaac, Clarence Chew, Koen Pang dan Josh Chua, berada dalam Kumpulan 7 bersama Brazil (ranking ke-8), Slovenia (12), Canada (24) dan Malaysia (70).

Pasukan wanita nasional yang menduduki ranking ke-10 dunia pula terdiri daripada Zhou Jingyi, Ser Lin Qian, Zeng Jian dan Wong Xin Ru, dan berada dalam Kumpulan 7 bersama Romania (7), Sweden (22), Canada (26) dan Serbia (45).

Tiga pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati, dengan lapan pemenang memasuki pusingan 16 pasukan terakhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >