Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lebih banyak sukan dalam format pertandingan baru Sukan Sekolah Nasional 2024

Atlet pelajar punya lebih banyak masa bermain, dengan minimum enam perlawanan berbanding tiga sebelumnya
Jan 31, 2024 | 01:51 PM



Terdapat lebih banyak peluang bermain bagi atlet pelajar pada Sukan Sekolah Nasional (NSG) 2024, sebagai sebahagian peluasan format pertandingan baru yang diperkenalkan pada 2023.

Sementara  tenis meja, tenis dan polo air diperkenalkan pada 2023 di bawah sistem klasifikasi dan liga baru, bilangan sukan yang ditawarkan pada 2024 akan ditambah menjadi 10 bagi divisyen senior peringkat sekolah rendah.

Sukan itu ialah badminton, bola keranjang, bola lantai, bola sepak, hoki, bola jaring, ragbi, sofbal, tenis meja dan bola tampar, menurut The Straits Times.


Divisyen C peringkat sekolah menengah pula akan mengadakan sembilan sukan termasuk bola keranjang, bola lantai, bola sepak, hoki, sepak takraw, sofbal,  tenis meja, tenis dan polo air di bawah skim baru itu.

Atlet pelajar dalam sukan tersebut kini dijamin sekurang-kurangnya enam perlawanan semasa musim NSG, bertambah daripada minimum tiga sebelumnya.

Guru dan jurulatih bola tampar Sekolah Rendah Xingnan, Jason Chua, berkata: “Bagi sesetengah sekolah yang diletakkan dalam kumpulan sama dengan kumpulan hebat, keyakinan pelajar akan terjejas.

“Mereka akan lemah semangat kerana tahu mereka mungkin kalah dan mempunyai pengalaman NSG yang singkat.”

Sebelum 2023, format NSG ialah pertandingan zon mengikut geografi, dengan sekolah diletak dalam tangga pilihan mengikut kumpulan yang terdiri daripada empat hingga lima pasukan.

Sekolah tidak layak ke pusingan seterusnya akan tersingkir, menandakan berakhirnya musim mereka.

Dalam sistem kumpulan dan liga baru ini, sekolah yang mempunyai paras kemahiran yang setanding akan bertanding antara satu sama lain dalam pusingan klasifikasi, dengan kedudukan mereka di tangga pilihan ditentukan oleh keputusan NSG sebelumnya.

Pasukan yang menunjukkan prestasi baik pada peringkat kumpulan seterusnya akan bersaing dalam liga taraf lebih tinggi, manakala pasukan lemah akan berpindah ke liga peringkat lebih rendah.

Pingat akan diberikan kepada semua peringkat liga.

Seorang murid Sekolah Rendah Punggol, Alisha Ram, 10 tahun, sangat teruja kerana akan dapat lebih banyak masa bermain di padang bersama rakan sepasukan hokinya.

“Saya dan rakan-rakan saya teruja untuk bermain lebih banyak perlawanan dan membuat kawan baru dari sekolah lain,” katanya.

“Dari awal hingga akhir, terdapat sekitar tujuh hingga lapan perlawanan. Sekalipun tidak menang pada peringkat pertengahan, misalnya jika kami kalah beberapa kali, ia bukannya masalah kerana kami masih boleh bermain.”

Seorang guru dan jurulatih bola lantai di Sekolah Rendah Northoaks, Enrico Marican, mengalu-alukan format baru itu kerana beliau percaya ia akan mengurangkan penekanan pada keputusan dan menggalak lebih banyak penyertaan.

Beliau berkata: “Dari sudut kejurulatihan, pasti akan ada lebih keyakinan untuk (membolehkan) penyertaan maksimum – bukan hanya memasukkan tiga, empat atau lima pemain yang lebih baik untuk bertanding dalam tempoh yang sangat panjang.

“Dengan format ini, ia memberi keyakinan kepada jurulatih untuk membenarkan yang lain (pemain simpanan) mendedahkan diri mereka supaya dapat bertanding juga.”

Nicholas Koh, 11 tahun, dari Sekolah Rendah Punggol Green, telah bermain badminton sejak darjah tiga dan berkata format baru ini lebih adil.

“Dalam format tahun lalu, jika anda menghadapi lawan kuat pada permulaannya, anda akan tersingkir serta-merta dan kemudian berasa sangat kecewa,” ujar murid darjah enam itu.

Acara tahunan NSG menampilkan 60,000 atlet pelajar yang bersaing dalam 29 sukan.

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing, yang membuka NSG secara rasmi pada 30 Januari di Arena OCBC, berkata dalam ucapannya:

“Di NSG, kami telah membuat pengubahsuaian pada format pertandingan dengan semangat menyediakan peluang pertandingan yang lebih saksama bagi atlet pelajar kita.

“Pertandingan hanya satu bahagian daripada perjalanan seorang atlet. Yang membezakan seorang atlet daripada yang lain ialah set nilai yang dipupuk daripada kerja keras selama berjam-jam dan bertahun-tahun semasa latihan. Keazaman, daya tahan, rasa hormat dan kerja berpasukan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >