Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Pelabur Qatar sertai 'perlumbaan' ambil alih Man United

Feb 11, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Manchester United dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan pelabur dari Qatar menjelang tarikh akhir bagi pihak membuat tawaran membeli kelab itu.



Keluarga Glazer dari Amerika Syarikat, yang memperolehi kelab itu - juara Liga Perdana England (EPL) sebanyak 20 kali - pada 2005, mengumumkan pada November lalu bahawa mereka terbuka untuk menjual kelab Old Trafford itu.



Syarikat Ineos milik jutawan Britain Jim Ratcliffe secara rasminya menyertai perlumbaan untuk membeli kelab itu bulan lepas - satu-satunya pembida yang mengisytiharkan minat secara terbuka.



Terdapat juga laporan yang berkata ada tawaran dari pelabur yang berpangkalan di China dan Singapura selain Timur Tengah, menurut The Times of London.



The Daily Mail kelmarin berkata sekumpulan pelabur privet dari Qatar telah mengadakan perbincangan bersama pucuk pimpinan kelab itu, dan yakin mereka mempunyai bidaan paling kuat.



The Guardian melaporkan bahawa Emir Qatar, Sheikh Tamim Bin Hamad Al-Thani, berminat untuk mengambil alih United - beberapa bulan selepas negara Teluk kaya minyak itu menganjurkan Piala Dunia.



Tetapi, Sheikh Tamim telah membeli kelab juara Perancis Paris Saint-Germain pada 2011 menerusi Qatar Sports Investments (QSI). Ini bermakna beliau tidak boleh memperoleh keseluruhan United berdasarkan peraturan Uefa.



Persatuan Akhbar Britain berkata QSI sedang mempertimbangkan pembelian kepentingan minoriti dalam United atau satu lagi kelab EPL. Ia adalah anak syarikat Penguasa Pelaburan Qatar (QIA), dana kekayaan negara, yang mempunyai aset bernilai ratusan bilion dolar.



Ketua eksekutif QIA, Mansoor Al-Mahmoud, memberitahu agensi berita Bloomberg bulan lalu: "Kelab-kelab kian mendapat tumpuan dana pelaburan, jadi bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika kami juga melakukan yang sama.



"Tetapi sekali lagi, kami memasuki pelaburan ini pada proses yang sangat asas dan memastikan jika kami melabur, ia didorong secara komersial untuk generasi akan datang kami."



Amnesty International berkata minat Qatar terhadap United harus dianggap sebagai pembuka mata mengenai garis panduan pemilikan kelab-kelab dalam bola sepak England.



"Sejurus selepas Piala Dunia dan usaha gigih daripada kerajaan Qatar untuk membentuk imej baru yang cemerlang untuk negara itu, nampaknya besar kemungkinan mana-mana tawaran Qatar untuk Manchester United akan menjadi kesinambungan kepada projek sportswashing yang disokong kerajaan ini," kata pengarah ehwal ekonomi Amnesty UK, Peter Frankental, merujuk pada tindakan mengalih perhatian daripada penyalahgunaan hak asasi kepada pelaburan dalam sukan.



"Kami tidak semestinya menentang penglibatan konsortium kewangan luar negara yang berkaitan dengan kerajaan dalam bola sepak England, tetapi Liga Perdana mesti segera mengukuhkan peraturan pemilikan untuk memastikan ia mematuhi hak asasi manusia dan bukan peluang untuk lebih banyak sportswashing," tambah beliau.



Keluarga Glazers, yang tidak popular dalam kalangan peminat, membebani United dengan hutang yang besar dan seterusnya menimbulkan kemarahan peminat dengan menyokong projek Liga Super Eropah yang gagal pada 2021.



Kelab bergelar Red Devils itu gagal memenangi Liga Perdana sejak 2013 dan masih menantikan trofi pertama mereka sejak 2017. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >