Harry Edward Kane, 30 tahun, merupakan pemain England yang kini menyarung jersi kelab bola sepak Jerman, Bayern Munich, sejak pertengahan Ogos.
Sebelum ini beliau adalah penyerang Tottenham Hotspur dan telah bermain bersama kesebelasan utama kelab di Liga Perdana England (EPL) itu sejak 2009.
Antara 2011 dengan 2013, beliau pernah dipinjamkan ke beberapa kelab di England termasuk Leyton Orient, Millwall, Norwich City, dan Leicester City.
Pemindahannya ke Bayern Munich dianggarkan bernilai £86.4 juta ($147.5 juta) selain kos tambahan lain.
Semasa bersama Spurs, beliau membuat 320 penampilan dan menjaringkan 213 gol selain 43 assists atau hantaran yang dibuatnya hingga membawa kepada jaringan gol oleh rakan sepasukannya.
Beliau yang juga kapten England merupakan penjaring terbanyak bagi pasukan negara itu dengan 58 gol dalam 84 penampilan.
Jaringan pertamanya bersama Bayern Munich adalah semasa pasukan itu menentang Werder Breman pada 19 Ogos di mana Bayern dengan mudah menang 4-0 di padang lawan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg