Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tuchel yakin Kane akan buat pemain Bayern main lebih baik

Pengurus ‘langsung tidak risau’ bekas penyerang Tottenham terganggu dek tekanan tidak pernah menang trofi
Aug 18, 2023 | 02:54 PM



JERMAN: Pengurus Thomas Tuchel menegaskan Harry Kane akan mempertingkat persembahan pasukan Bayern Munich setelah penyerang itu menyesuaikan dirinya di Jerman.


Kane, 30 tahun, meninggalkan Tottenham Hotspur selepas 19 tahun untuk ke juara Liga Jerman (Bundesliga) itu dengan bayaran 100 juta euro ($148 juta), di samping yuran tambahan.

Beliau bermain buat kali pertama bagi Bayern semasa kekalahan mereka kepada RB Leipziq dalam Piala Super Jerman minggu lalu.

“Kesan Harry Kane tidak akan hilang,” kata Tuchel.

“Pengaruhnya adalah pada berbilang tahap yang anda tidak sedar kerana anda tidak melihatnya setiap hari.

“Beliau penting dalam bilik persalinan, di padang, kerana perwatakannya, profesionalismenya, betapa kerasnya beliau berlatih dan bagaimana selepas kekalahan itu beliau orang pertama turun ke padang untuk berlatih bersama pemain-pemain simpanan.”

Kane dijangka mulakan permainan untuk Bayern pada Jumaat, apabila Bayern mula mempertahankan kejuaraan mereka dengan menentang Werder Bremen.

Tuchel berkata Kane mempertingkat dengan ketara peluang pasukannya mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan musim ini.

“Beliau secara besar-besaran mempertingkat peluang kami menang perlawanan esok,” tambah Tuchel.

“Kami tahu kami tidak akan memenangi setiap perlawanan, tetapi saya 100 peratus yakin bahawa beliau akan membuat pemain kami lebih baik. Segala yang saya lihat sejauh ini mengesahkan perkara ini.

“Beliau memberi kami banyak pilihan dan akan dapat semua masa yang diperlukannya untuk menyesuaikan diri. Saya pasti beliau akan berpengaruh esok.”

Kane meninggalkan Spurs sebagai penjaring gol terbanyak mereka dengan 280 gol dalam 435 penampilan.

Beliau memenangi But Emas Liga Perdana sebanyak tiga kali dengan 213 gol dalam 320 permainan.

Kane juga penjaring gol terbanyak sepanjang masa England dengan 58 gol antarabangsa dan penjaring gol terbanyak di Piala Dunia 2018.

Bayern memang memerlukan seorang penyerang baru setelah pemergian penyerang Poland, Robert Lewandowski, berpindah ke Barcelona tahun lalu.

Kane belum memenangi sebarang trofi dalam kerjayanya.

Meskipun beliau terlepas peluang memenangi trofi Sabtu lalu, Tuchel berkata Kane tidak akan terganggu oleh usahanya mengejar trofi.

“Ini bukan kali pertama dalam kerjayanya beliau mengalami tekanan,” kata bekas pengurus Chelsea dan Paris St-Germain itu.

“Beliau telah belajar cara memanfaatkan tekanan untuk mempertingkatkan prestasinya.”

“Selama lebih sedekad beliau tahu cara mengatasi tekanan. Saya langsung tidak risau tentang perkara itu.”

Peminat Bayern akan dapat menyaksikan Kane di Allianz Arena bagi perlawanan mereka menentang FC Augsburg pada 27 Ogos. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >