SATU projek percubaan selama 10 minggu bagi penggiat sukan tenis berkerusi roda belia dan orang dewasa kurang upaya akan dilancarkan tidak lama selepas Sukan Para Asean yang bakal berlangsung dari 3 hingga 9 Disember di sini.
Dianjurkan Yayasan SportsCares dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Singapura dan Porsche Asia Pacific, program itu bertujuan memupuk semangat inklusif dan menyediakan peluang bagi lebih ramai orang hidup lebih baik melalui sukan.