Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Peluang Man City balas dendam ke atas Real Madrid selepas kalah tahun lalu

Apr 20, 2023 | 10:57 AM



MUNICH: Manchester City akan menentang Real Madrid dalam separuh akhir Liga Juara-Juara buat tahun kedua berturut-turut selepas gol penyerang Erling Haaland memastikan keputusan seri 1-1 dan agregat kemenangan 4-1 ke atas Bayern Munich pada Rabu.


Namun pemain Norway itu sebelumnya terlepas menjaringkan gol melalui sepakan penalti pada separuh masa pertama, tetapi pada pertengahan babak kedua menewaskan penjaga gol Bayern Yann Sommer bagi golnya yang ke-48 dalam 41 penampilan musim ini.


Jaringan gol Bayern pada separuh masa kedua dibatalkan kerana ofsaid namun mereka menjaringkan gol melalui penalti dalam lewat permainan menerusi Joshua Kimmich.


City akan memasuki pusingan separuh akhir buat tahun ketiga berturut-turut dan sekali lagi berdepan musuh lama pengurus City Pep Guardiola, iaitu Real, yang tahun lalu menjaringkan dua gol pada masa kecederaan untuk menewaskan City, dalam perjalanan mereka memenangi kejuaraan itu musim lalu.


“Separuh akhir sekali lagi... pengalaman yang kami ada dalam pertandingan, pemain sangat teruja, mereka mahu melakukannya dengan baik,” kata Guardiola.

Setahun lalu City mengalami salah satu kekalahan Eropah paling menyayat hati dalam sejarahnya semasa menentang Real, tetapi kini mereka mempunyai peluang membalas dendam.

Tahun lalu City memasuki minit terakhir perlawanan kedua di Stadium Bernabeu dengan syarat tidak melepaskan dua gol. Namun mereka menerima dua gol dengan cara yang dramatik.


Namun wujud perasaan bahawa perkara mungkin berbeza tahun ini terutamanya dengan penyerang Haaland dalam pasukan mereka.


“Semua kelab tahu jika anda mahu memenangi Liga Juara-Juara anda perlu mengalahkan Real Madrid,” ujar Guardiola.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >