Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peluang sertai kelas senaman, program baru di Hab Sukan Singapura

Jan 2, 2020 | 5:30 AM
PERMULAAN SIHAT: Hab Sukan Singapura akan mengadakan promosi kelas senaman dari 8 Januari hingga 8 Februari serta dua program baru di bawah Sports Hub Fitness Class - piloxing dan release yoga. - Foto fail
PERMULAAN SIHAT: Hab Sukan Singapura akan mengadakan promosi kelas senaman dari 8 Januari hingga 8 Februari serta dua program baru di bawah Sports Hub Fitness Class - piloxing dan release yoga. - Foto fail -

HAB Sukan Singapura bakal mengadakan beberapa promosi kelas senaman awal tahun ini.

Antaranya ialah kelas senaman yoga dan senaman HIIT (High-intensity Interval Training).

Promosi bagi kelas senaman itu akan berlangsung dari 8 Januari hingga 8 Februari.

Hab Sukan Singapura turut menyediakan dua program baru di bawah Sports Hub Fitness Class.

Ia meliputi kegiatan kesihatan seperti piloxing dan release yoga.

Kedua-duanya bertujuan memberikan nafas baru kepada badan dan minda peserta bagi tahun baru.

Orang ramai turut berpeluang menikmati promosi bagi kelas senaman di Sports Hub Fitness Studio, basikal senaman aqua dan tempahan bot.

Berhubung sukan antarabangsa, hiburan serta acara gaya hidup, Hab Sukan Singapura telah memperluas operasi tiket melalui kerjasama dengan badan-badan perkhidmatan tiket lain.

Mulai 1 Januari, tempahan tiket bagi acara berkaitan sukan dan gaya hidup bakal beroperasi melalui perkhidmatan tiket Sistic, Ticketmaster dan Ticketek.

Anda boleh membuat tempahan melalui lelaman web atau telefon bimbit.

Untuk maklumat lanjut dan jika anda mahu menyertai acara yang dibincangkan di atas, sila rujuk ke lelaman www.sportshub.com.sg/cnymightyabundance.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg