LIGA PERDANA ENGLAND

Peluang Spurs 'hukum' City

LONDON: Mungkin sudah terlewat untuk menghalang Manchester City daripada ditabal juara Liga Perdana musim ini tetapi Tottenham Hotspur masih boleh menangguhkan perayaan kejuaraan pasukan pendahulu itu jika dapat menghukum skuad pasukan pimpinan Pep Guardiola dengan kekalahan keempat berturut-turut apabila kededua pasukan itu berentap di Wembley esok (2.45 pagi esok waktu Singapura).

City telah melalui minggu terburuk sejak di bawah pimpinan Guardiola selepas mengalami kekalahan ketiga berturut-turut termasuk kepahitan tersingkir daripada Liga Juara-Juara kepada Liverpool pada pertengahan minggu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan