Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Atlet dalam Tumpuan

Pelumba basikal S’pura Haqimi Fandi sasar tingkat prestasi

Jul 30, 2023 | 05:31 AM



Berbasikal pernah menjadi aktiviti riadah yang kerap dilakukan Haqimi Fandi bersama bapanya pada hujung minggu.

Tetapi, kira-kira empat tahun lalu, belia berusia 18 tahun itu tergerak hati untuk menyertai pertandingan berbasikal dan secara serius mendalami sukan tersebut.

Pada awal 2022, bakat Haqimi dicungkil Persekutuan Berbasikal Singapura dan sejak itu beliau diserap masuk ke dalam pasukan nasional.

“Saya berbasikal secara santai untuk berseronok saja pada awalnya – berbasikal di jalan raya pada hujung minggu. Kami panggil diri kami sebagai ‘weekend warrior’ (pahlawan hujung minggu),” kata beliau, yang mula belajar berbasikal seawal usia tiga tahun.

“Sewaktu Covid-19, saya pula diperkenalkan oleh pak cik saya kepada jurulatih di Burgeon Racing dan kemudian saya pun menyertai pasukan,” tambah pelajar jurusan pengurusan sukan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej East itu. 

Burgeon Racing adalah sebuah pasukan berbasikal amatur yang ingin membangunkan bakat muda dalam perlumbaan berbasikal gunung dan di jalan raya.

Pada 2022, Haqimi muncul sebagai juara nasional dalam acara trek pendek merentas desa di Kejohanan Nasional OCBC Cycle.

Potensi dan usahanya sepanjang setahun diiktiraf apabila beliau dianugerahkan Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura (SOF)-Peter Lim baru-baru ini.

Biasiswa itu bertujuan membantu atlet muda yang berpotensi untuk mencapai matlamat mereka dalam kecemerlangan sukan dan menyokong secara kewangan atlet muda yang cemerlang.

Haqimi merupakan antara 99 penerima biasiswa berusia 18 tahun dan ke bawah.

Bilangan itu adalah rekod tertinggi bagi kategori tersebut dalam sejarah biasiswa tahunan yang diperkenalkan pada 2010. Setiap atlet menerima $5,000.

“Saya benar-benar bersyukur menerima biasiswa ini kerana ia meringankan beban ibu bapa saya yang telah mencari wang untuk membiayai latihan saya,” kata penerima kali pertama Biasiswa SOF-Peter Lim itu.

Haqimi, yang berlatih enam kali seminggu, menambah bahawa wang biasiswa itu dapat juga menampung kos bagi pemakanannya seperti gel tenaga dan suplemen. 

Dengan sokongan itu, Haqimi berharap ia akan dapat meningkatkan prestasinya pada masa akan datang.

“Matlamat saya buat masa ini adalah untuk mewakili negara dalam Sukan SEA seterusnya di Thailand (pada 2025) dan pastinya di Singapura pada 2029,” kata beliau.

Haqimi pernah juga bergiat dalam lumba kereta go-kart selama beberapa tahun di Malaysia pada 2017.

“Moto saya adalah untuk terus bertahan dan tidak pernah berputus asa. Sentiasa percaya pada proses perjalanan saya,” tambah beliau. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >