Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peluncur lelayang Max Maeder, pelayar kapal Ryan Lo, gondol emas

Sep 27, 2023 | 2:33 PM
AKSI CEMERLANG: Maximilian Maeder merangkul pingat emas pertama Singapura di Sukan Asia Hangzhou di China selepas menjuarai acara luncur lelayang formula lelaki pada Rabu.
AKSI CEMERLANG: Maximilian Maeder merangkul pingat emas pertama Singapura di Sukan Asia Hangzhou di China selepas menjuarai acara luncur lelayang formula lelaki pada Rabu. - Foto ST

NINGBO (China): Maximilian Maeder merangkul pingat emas pertama Singapura di Sukan Asia Hangzhou, apabila beliau meraih tempat pertama dalam acara luncur lelayang formula lelaki pada Rabu.

Rakan sepasukan, Ryan Lo, kemudian memenangi emas kedua negara dalam acara ILCA 7.

Juara dunia bertahan, Maeder, yang membuat penampilan sulung di Asia, melakar kejuaraan pertamanya di Sukan Asia selepas hari terakhir acara formula lelayang lelaki ditangguhkan kerana keadaan laut.

Atlet berusia 17 tahun itu telah menguasai persaingan di Pusat Belayar Ningbo Xiangshan, memenangi kesemua 16 perlumbaannya dan hanya memerlukan satu kemenangan dalam siri pusingan pingat untuk menjamin emas.

Lo, 26 tahun, yang masing-masing memenangi pingat gangsa dalam kategori ‘optimis’ dan ‘standard laser’ pada Sukan Asia 2010 dan 2018, melakar kejuaraan pertamanya di temasya sukan itu dengan perlumbaan pusingan pingat dibatalkan pada Rabu.

Pingat emas itu juga menempah tempatnya di Sukan Olimpik Paris 2024.

Kemenangan kedua-dua atlet di Pusat Belayar Ningbo Xiangshan pada Rabu menjadikan pungutan pingat Singapura untuk sukan kapal layar di temasya sukan Hangzhou ini kepada dua emas, dua perak dan dua gangsa.

Atlet wusyu, Kimberly Ong, memenangi pingat pertama negara di Hangzhou pada Isnin dengan meraih gangsa dalam acara ‘changquan’ wanita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg