Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain baru Jelajah Dunia DP, Jesper Svensson jadi juara

Mar 25, 2024 | 06:02 PM



Jesper Svensson sekadar tersenyum dan mengangkat kededua tangan kegirangan selepas muncul juara pertandingan Porsche Klasik Singapura pada 24 Mac.

Meski sangat sederhana, kemenangan itu sangat bermakna bagi Svensson.

Ini kerana warga Sweden itu baru sahaja menamatkan pusingan penentuan sebanyak tiga lubang sebelum berjaya merebut gelaran juara Jelajah Dunia DP pertamanya.

Setelah menjadi naib juara dua kali pada musim Jelajah Dunia DP 2023-24 yang masih berlangsung, Svensson berazam agar sejarah tidak berulang di Padang Klasik Laguna National Golf Resort Club, lapor The Straits Times (ST)


Dalam persembahan mengagumkan pada hari terakhir, pemain baru itu mencatat pukulan sembilan di bawah par 63 dan keseluruhan 17 di bawah 271, sebelum menewaskan Kiradech Aphibarnrat dalam pusingan penentuan.

Svensson menduduki tempat kedua pada Kejohanan Terbuka Afrika Selatan pada Disember 2023, apabila kalah dengan tiga pukulan.

Beliau terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua sekali lagi pada Kejohanan Bahrain pada Februari, kali ini kalah dengan dua pukulan.

Beliau juga menduduki tempat kedua sebanyak tiga kali pada Jelajah Cabaran pada 2023.

“Ia bagai sukar dipercayai... saya pernah dua kali hampir menang, pada Jelajah Cabaran, dan pada tahun lepas.

“Tahun ini, saya tidak berjaya (menjadi juara) dalam dua kejohanan, jadi saya rasa amat gembira untuk berada di atas. Memang sangat sukar untuk menang,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

Selepas pusingan ke-68, ke-73 dan ke-67, Svensson mara ke pusingan akhir kejohanan bernilai AS$2.5 juta ($3.4 juta) itu, terikat di tangga ke-13, lima pukulan di belakang pendahulu semalaman, David Micheluzzi.

Kehadiran juara Terbuka British 2019 Shane Lowry menarik perhatian ramai, yang sebilangan mereka berpakaian hijau dan pakaian dengan gambar daun syamrok, namun Svensson pula menarik perhatian peminat dengan persembahan yang memukau.

Papan pendahulu menunjukkan markah berubah-ubah bagi kebanyakan pusingan akhir dan pemain nombor 182 dunia itu terus mendakinya, selepas memulakan pusingan dengan empat birdie dan satu eagle dalam lapan lubang pembukaan.


Pukulan bogey pada lubang 9 dan 10 membuat beliau mundur seketika, tetapi birdie pada lubang ke-13 menjadikan beliau satu-satunya yang mendahului permainan.


Terdorong dengan perbualannya dengan caddy beliau, Svensson berkata: “Kami berdua membuat kesimpulan, kami telah banyak kali mendapat tempat kedua, jadi kami ingin bermain untuk menang,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >