Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain golf S’pura raih ketiga-tiga slot kelayakan kejuaraan Klasik S’pura

Feb 28, 2024 | 02:51 PM



Pemain golf Singapura merangkul ketiga-tiga tempat yang ditawarkan pada kejohanan kelayakan kejuaraan Porsche Klasik Singapura, dengan Nicklaus Chiam mengungguli seramai 48 pemain, dengan pencapaian satu di bawah par 71 pada 27 Februari.

Pemain berusia 28 tahun itu akan disertai rakan profesional Joshua Yap, yang mengalahkan Amarin Kraivixien, pemain Thailand yang layak menyertai kejuaraan itu pada 2023, dan rakan senegara Irvyn Tan pada pusingan play-off tiga penjuru di Laguna National Golf Resort Club, selepas ketiga-tiga mereka menamatkan permainan dengan par 72.


Dalam pusingan play-off, Yap dan Kraivixien mencatat bogi par empat ke-18, manakala Tan tersingkir selepas meleset dengan dua bogi.


Pada peringkat penentuan, Yap membuat pukulan par dalam lubang yang sama, manakala pemain Thailand itu membuat satu lagi bogi.

Sebagai pemain amatur terbaik Singapura, Tan mendapat jemputan terakhir untuk bermain dalam acara Jelajah Dunia DP, yang menawarkan hadiah AS$2.5 juta ($3.36 juta), dari 21 hingga 24 Mac, lapor The Straits Times.


Acara kelayakan itu turut disertai pemain golf dari Thailand, Malaysia, China dan Myanmar.

Chiam, yang mencatat dua bogi di sembilan lubang pertama, gembira dapat melakukan empat birdie dan satu bogi.


Bekas pemenang pingat perak Sukan SEA itu berkata:

“Saya sangat teruja dan tidak sabar menunggu kejohanan bermula. Saya mahu mulakannya sekarang, jika boleh. Untuk beberapa minggu akan datang, saya akan berlatih dan bermain sebanyak mungkin.”

Yap, yang menjadi pemain profesional pada 2023, akan memperuntukkan masa untuk berlatih dan cuba meningkatkan kekuatan mentalnya agar berpeluang merebut kemenangan dalam kejohanan itu.

“Ini sangat bermakna bagi saya. Menyertai Jelajah Dunia DP menjadi matlamat utama saya dan ini adalah satu langkah ke depan yang baik.”

Tan menantikan peluang bermain dalam kejohanan pada skala besar begini, sambil menambah: “Saya berharap dapat membuat persembahan baik pada acara ini. Saya ingin menjadi amatur terbaik pada acara ini.”

Tiga warga Singapura itu akan menjadi sebahagian daripada sekumpulan pemain dalam kejohanan tersebut.

Ia termasuk juara Terbuka British 2019, Shane Lowry; pemenang Jelajah Dunia DP baru dari Jepun, Rikuya Hoshino; pemenang Jelajah Dunia DP empat kali dari Thailand, Kiradech Aphibarnrat; dan juara Sukan Asia, Kho Taichi dari Hong Kong.

Jelajah Dunia DP kembali ke Singapura pada 2023 buat kali pertama dalam sembilan tahun dengan Ockie Strydom dari Afrika Selatan memenangi kejohanan Klasik Singapura itu. di padang Laguna dengan rekod sembilan di bawah 63 pada pusingan akhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >