Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemain bola sepak wanita gesa Fifa akhiri kerjasama dengan Saudi Aramco

Oct 21, 2024 | 5:02 PM
Kumpulan hak wanita dan ahli komuniti golongan lesbian, gay, biseksual, ‘transgender’ dan ‘queer’ (LGBTQ) menuduh kerajaan Arab Saudi menggunakan Dana Pelaburan Awam (PIF) untuk “mencuci” rekod hak kemausiannya.
Kumpulan hak wanita dan ahli komuniti golongan lesbian, gay, biseksual, ‘transgender’ dan ‘queer’ (LGBTQ) menuduh kerajaan Arab Saudi menggunakan Dana Pelaburan Awam (PIF) untuk “mencuci” rekod hak kemausiannya. - Foto REUTERS

ZURICH: Lebih 100 pemain bola sepak wanita profesional telah menghantar surat terbuka kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), menggesa badan induk dunia itu menamatkan kerjasamanya dengan konglomerat minyak dan gas, Saudi Aramco.

Pada April, Fifa menandatangani perjanjian empat tahun yang akan menyaksikan Aramco menjadi rakan kongsi seluruh dunia, termasuk dalam kejohanan utama seperti Piala Dunia 2026 dan Piala Dunia Wanita pada 2027.

Arab Saudi telah melabur banyak dalam sukan seperti bola sepak, Formula Satu (F1) dan golf dalam beberapa tahun kebelakangan ini manakala pengkritik, termasuk kumpulan hak wanita dan ahli komuniti golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ), menuduh kerajaan itu menggunakan Dana Pelaburan Awam (PIF) untuk “mencuci” rekod hak kemausiannya.

Negara itu menafikan tuduhan pencabulan hak asasi manusia dan mengatakan ia melindungi keselamatan negaranya melalui undang-undangnya.

Penyerang Manchester City, Vivianne Miedema; kapten Canada, Jessie Fleming; dan bekas kapten Amerika Syarikat, Becky Sauerbrunn, adalah antara pemain yang menandatangani surat itu.

“Kami menggesa Fifa untuk mempertimbangkan semula perkongsian ini dan menggantikan Saudi Aramco dengan penaja alternatif, yang nilainya sejajar dengan kesaksamaan jantina, hak asasi manusia dan masa depan planet kita,” kata pemain dalam surat itu.

Mereka juga mencadangkan penubuhan jawatankuasa semakan dengan perwakilan pemain untuk menilai implikasi etika tawaran penajaan masa hadapan.

Fifa menunjukkan kesan hasil tajaan ke atas pelaburan dalam permainan wanita.

“Fifa menghargai perkongsiannya dengan Aramco dan banyak lagi rakan komersial dan hak asasinya,” kata jurucakap Fifa.

“Fifa ialah organisasi inklusif dengan ramai rakan komersial turut menyokong organisasi lain dalam bola sepak dan sukan lain.

“Pendapatan tajaan yang dijana oleh Fifa dilaburkan semula ke dalam permainan di semua peringkat dan pelaburan dalam bola sepak wanita terus meningkat, termasuk untuk Piala Dunia Wanita Fifa 2023 yang bersejarah dan model pengedaran barunya yang inovatif.”

Seorang wakil Aramco berkata mereka akan memberikan jawapan kepada surat itu secepat mungkin. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg