Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain City, anggota jurulatih Arsenal berbalah selepas perlawanan

Oct 09, 2023 | 05:47 PM



MANCHESTER: Pep Guardiola berkata beliau tahu apa berlaku tetapi tidak akan mendedahkannya secara terperinci, selepas Kyle Walker dan Erling Haaland terlibat dalam perbalahan dengan anggota kakitangan Arsenal selepas mereka kalah 1-0 kepada The Gunners.


Selepas wisel penamat ditiupkan di Stadium Emirates, Walker dan Haaland bersemuka dengan anggota jurulatih Arsenal, Nicolas Jover, yang sebelum ini bekerja bersama City.

“Saya tahu apa berlaku tetapi saya tidak akan kata apa-apa,” kata Guardiola.

Ditanya sama ada beliau gembira dengan cara Arsenal bertindak, Guardiola, sambil tersenyum, menambah: “Ya, sepenuhnya.”

Ketika pemain menuju ke bilik salin pakaian, Walker berpatah balik untuk bersemuka dengan Jover, dan Haaland menyertainya.

Mereka kemudian dileraikan oleh beberapa pemain dan kakitangan daripada kedua-dua kelab.

Perbalahan itu berterusan apabila pemain City meninggalkan padang, dengan Bukayo Saka daripada Arsenal membawa Jover beredar.

Sementara itu, Arteta berkata beliau tidak tahu apa yang berlaku dalam pertengkaran melibatkan Jover.

Jover bersama City dari 2019 hingga 2021, apabila beliau meninggalkan kelab itu untuk mengikuti bekas penolong pengurus, Mikel Arteta, menyertai Arsenal.

Insiden membabitkan Jover bukan satu-satunya perbalahan yang berlaku petang itu, kerana bekas pemain tengah Arsenal dan Manchester City, Samir Nasri, dihampiri seorang penyokong Arsenal sejurus sebelum babak kedua bermula.

Nasri adalah penganalisis bagi penyiar Perancis Canal+ dan seorang penyokong Arsenal bersemuka dengannya ketika beliau kembali ke tempat duduknya di kotak media.


Peminat itu kemudian diusir daripada stadium. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >