Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain ‘dart’ remaja Britain jadi inspirasi ramai

Jan 04, 2024 | 02:09 PM



LONDON: Pemain sukan ‘dart’ atau baling damak termuda berusia 16 tahun, Luke Littler dari Britain, kalah dan menduduki tempat kedua dalam peringkat akhir Kejohanan Dart Sedunia pada 3 Januari.


Pemain remaja itu buat kali pertama mara ke peringkat akhir kejohanan tersebut yang diadakan di Alexandra Palace di London.

Beliau tewas 7-4 dalam beberapa set pertandingan kepada pemain nombor satu dunia, Luke Humphries.

Littler berpeluang memenangi pertandingan itu selepas mendahului 5-2.

Namun akhirnya muncul sebagai naib juara untuk memenangi hadiah £200,000 ($337,000) berserta trofi – hanya beberapa bulan selepas remaja itu menduduki peperiksaan sekolah menengahnya.

Para pemain bola sepak Liga Perdana England (EPL) adalah antara peminat remaja itu, yang turut mendapat inspirasi daripada kisah kejayaan Littler pada usia muda.

Sebelum perlawanan pembukaan dua minggu lalu, remaja itu menduduki tempat ke-164 dunia, tetapi kini mempunyai daya tarikan luar biasa, dengan sekitar 500,000 pengikut Instagram dan kira-kira 100,000 pengikut di X, yang sebelum ini digelar Twitter.

“Saya telah menerima mesej daripada Luke Shaw dari Manchester United, dan Rio Ferdinand dan saya juga menerima mesej daripada Gary Neville dan Jonny Evans... jadi ia bagai nak gila,” kata Littler, yang tinggal di Warrington, England, sekitar 18 batu (hampir 29 kilometer) dari Old Trafford.

Perjalanan Littler untuk menjadi finalis dunia termuda sukan baling damak termasuk kemenangan 4-1 remaja itu ke atas juara dunia lima kali Raymond van Barneveld, yang merupakan wira zaman kanak-kanaknya.

Kisah kejayaannya juga membantu sukan baling damak menarik berjuta-juta penonton untuk menyaksikan kejohanan itu di televisyen.

Sebelum ini, beliau mengalahkan juara 2018, Rob Cross 6-2 di peringkat separuh akhir.

Bagi penyokong Littler, baling damak adalah satu permainan melibatkan kemahiran motor halus yang dikaitkan dengan pengetahuan Matematik.

Namun kemahiran sebegitu agak sukar diamalkan di lokasi pertandingan baling damak di peringkat profesional, dengan para penyokong yang riuh dan seringkali dipengaruhi minuman alkohol.

Pemain baling damak cuba mencapai sasaran kecil tertentu ketika berdiri pada jarak lebih tujuh kaki (2.37 meter) dari papan damak, di mana bahagian terkecil daripada tiga bahagian atau lingkaran papan itu, memberi nilai tertinggi.

Pemain bermula dengan 501 mata dan berusaha mencapai mata sifar, dengan membaling bilangan damak paling sedikit. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >