Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET DALAM TUMPUAN: ANTONY

Pemain kedua termahal Man U pernah hidup di lubuk jenayah

Sep 12, 2022 | 05:30 AM



PADA awal 2019, Antony boleh memilih untuk pergi bersama pasukan utama Sao Paulo dalam jelajah pramusim Amerika Syarikat (AS) dan bersaing dengan pasukan seperti Eintracht Frankfurt dan Ajax.



Beliau tidak berbuat demikian dan langkah itu secara drastik mengubah kerjaya beliau.



Walaupun berlatih dengan skuad senior pada bulan-bulan sebelumnya, pemain sayap muda itu tidak teragak-agak apabila lembaga kelab itu mencadangkan menyertakannya kembali ke pasukan bawah 20 tahun untuk Copa Sao Paulo, pertandingan remaja utama Brazil.



Beliau kemudian membuat dunia bola sepak mengenalinya selepas menjaringkan empat gol dan memberi enam 'assist' dalam kempen yang berakhir dengan piala kejuaraan.



Apabila baliau kembali ke pasukan utama, reputasi Antony dalam kelab berbeza. Beliau bukan sekadar pemain berbakat malah pemain yang hebat.



"Itu adalah titik perubahan baginya. Tidak seperti pemain lain yang enggan kembali ke peringkat belia dan melihatnya sebagai satu demerit, beliau menerimanya dengan hati terbuka, walaupun ia bermakna terlepas peluang (ke AS) yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan pemain," kata bekas pengarah eksekutif Sao Paulo, Alexandre Passaro, kepada BBC Sport.



"Beliau seorang yang sangat rendah diri dan tidak mengambil berat itu semua, yang penting baginya ialah bagaimana beliau boleh meningkatkan prestasinya. Beliau menyinar musim itu dan menjadi pemain yang kita semua kagumi sekarang.



"Tidak lama kemudian, Ajax bertanya tentang Antony. Mereka telah menawarkan 3 juta euro ($4.20 juta) untuknya pada 2018 dan sanggup membayar lebih untuk membawanya ke Amsterdam. Kami akhirnya menjual beliau pada awal 2020, tetapi memastikan bahawa kami memasukkan klausa keuntungan 20 peratus kerana kami tahu beliau akan mencapai tahap yang tinggi," kata Passaro.



Passora sangat tepat dengan ramalannya.



Antony menyinar di Ajax, menyumbangkan 47 gol dalam semua pertandingan dan selepas dua musim meyakinkan Manchester United untuk bersetuju dengan bayaran permulaan £80.75 juta ($131.35 juta), dengan £4.25 juta ($6.91 juta) tambahan, bagi mendapatkan khidmatnya.



Pemain berusia 22 tahun itu menjadi pemain keempat termahal dalam sejarah Liga Perdana England (EPL), selepas perpindahan Paul Pogba ke United, Romelu Lukaku ke Chelsea dan Jack Grealish ke Manchester City.



Ia lebih daripada apa yang beliau jangkakan apabila memutuskan tidak pergi ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan lebih banyak masa permainan.



Pencapaian Antony sejauh ini adalah bukti dedikasi dan ketabahannya.



Setelah dibesarkan di favela yang dipanggil Inferninho (yang diterjemahkan sebagai 'neraka kecil'), salah satu zon paling berbahaya di Osasco, di pinggir Sao Paulo, beliau sering melihat pengedar dadah, penjenayah melarikan diri dari polis dan pembunuhan berhampiran dengan tempat tinggalnya.



Tidak mengejutkan, selepas menyaksikan semua itu, tiada apa yang benar-benar menakutkannya lagi. Kelaparan yang dialami pada awal hidupnya juga tidak menghalangnya untuk menjadi seorang pemain bola sepak.



Setiap kali beliau ditanya tentang tekanan dalam kariernya, pemain antarabangsa Brazil itu pasti tersenyum.



"Tekanan sebenar adalah apabila saya tinggal di favela dan pergi sekolah pada sembilan pagi dan tidak pasti sama ada saya boleh makan lagi sehingga sembilan malam. Itu adalah sedikit tekanan," katanya.



Dalam pendakiannya ke puncak, beliau tidak pernah melupakan mereka yang bersamanya sejak zaman itu.



"Kami memperbarui kontraknya beberapa kali di Sao Paulo dan setiap kali, beliau akan membawa seluruh keluarganya semasa memeterai perjanjian - ibunya, bapanya, abangnya, kakaknya, semua orang. Ia sentiasa tidak lupakan keluarga," kata Passaro.



Seorang pemain bola sepak yang lebih perkasa sekarang, setelah menambah tujuh kilo jisim otot semasa pandemik, Antony bersedia disertakan ke skuad Brazil untuk Piala Dunia pada November.



Dipuji oleh bos Selecao (Brazil), Tite, kerana mempunyai "kaki luar biasa", beliau juga telah memikat hati Neymar dengan kepantasan dan kemahiran menggelecek bola.



Bintang Paris Saint Germain (PSG) itu juga mempertahankannya semasa kelayakan Amerika Selatan apabila pemain sayap itu diarah supaya menghantar lebih banyak bola kepadanya. "Tidak, jangan, biarkan dia menggelecek dan melakukan apa yang dia hendak buat!" kata Neymar di padang.



Antony mempunyai keyakinan yang sama terhadap pengurus United, Erik ten Hag, selepas pasangan itu bersama selama dua musim di Ajax dan beliau memuji jurulatih Belanda itu atas perubahannnya menjadi pemain yang lebih klinikal.



Mereka perlu memenangi hati Old Trafford sekarang untuk membuktikan bahawa harga yang menjadikan pemain Brazil itu kedua termahal di kelab itu berbaloi.



"Ia mungkin kelihatan seperti beliau hanya seorang budak lelaki berusia 22 tahun, serba serbi bergerak terlalu pantas untuknya dan beliau tidak mempunyai banyak pengalaman. Tetapi saya boleh beritahu anda satu perkara: Setiap jurulatih yang bersamanya tidak mahu melepaskannya. Ia telah berlaku pada ten Hag, dan pada jurulatih lain di Brazil seperti Andre Jardine dan Tite,'' kata Passaro.



"Mereka tahu keistimewaan Antony, betapa beliau boleh lakukan sesuatu yang luar biasa dengan bola setiap hari, sebagai bukti betapa berbakatnya beliau.



"Antony adalah pemain yang memberikan apa yang anda perlukan dan tidak memberi masalah kepada anda. Jelas sekali tidak mungkin pasukan seperti Manchester City atau Tottenham akan membayar wang yang sama untuknya, tetapi ten Hag tahu apa yang beliau dapat," kata Passaro. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >