KEHANGATAN persaingan sengit antara Singapura dengan Selangor sewaktu zaman Piala Malaysia merupakan satu detik istimewa yang tidak dapat dilupakan bekas pemain mahupun peminat bola sepak setempat.
Era kegemilangan bola sepak negara itu telah melahirkan beberapa pemain legenda yang pernah menyarung jersi merah putih seperti skuad '1994 Dream Team', yang diketuai Fandi Ahmad.