Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemain remaja dari Parma, Giovanni Leoni dijangka sertai Liverpool

Aug 14, 2025 | 1:53 PM
Giovanni Leoni, LIVERPOOL, parma
Liverpool sedang menghampiri persetujuan untuk menandatangani pemain pertahanan muda daripada Parma, Giovanni Leoni, dalam tawaran sekitar £26 juta ($45.2 juta), sambil terus mengukuhkan barisan pertahanan mereka menjelang musim Liga Perdana England (EPL) 2025/26. - Foto INSTAGRAM GIOVANNI LEONI

LIVERPOOL: Liverpool sedang menghampiri persetujuan untuk menandatangani pemain pertahanan, Giovanni Leoni, daripada Parma, dengan bayaran £26 juta ($45.2 juta).

Pemain pertahanan berusia 18 tahun itu kini menjadi perhatian utama buat pengurus Liverpool, Arne Slot.

Pemain antarabangsa pasukan Italy bawah 19 tahun itu memulakan kerjayanya di kelab Italy, Padova, dan pernah beraksi seketika di Sampdoria sebelum menyertai kelab Parma.

Leoni berbakat dalam mengawal hantaran bola tinggi dan juga memiliki kemahiran teknikal yang kukuh, membolehkannya memulakan serangan daripada barisan pertahanan.

Namun ramai terkejut apabila dilaporkan Leoni bakal berpindah ke Liga Perdana England (EPL) sebelum meraih pengalaman di kelab-kelab besar Italy.

Beberapa kelab ternama dari Italy, termasuk AC Milan dan Inter Milan, turut berminat mendapatkan pemain muda itu.

Namun, Liverpool telah membuat tawaran lebih menarik untuk membawa Leoni ke Anfield.

Selain itu, Leoni mungkin tertarik dengan peluang bermain di Liverpool dan di EPL, salah satu liga bola sepak paling menghiburkan dan mencabar di dunia.

Walaupun Leoni mungkin menghadapi cabaran untuk mendapat masa permainan yang konsisten, peluang bermain bersama pertahanan terhebat seperti Virgil van Dijk merupakan pengalaman berharga yang sukar dilepaskan.

Liverpool juga berpeluang memperkukuhkan barisan pertahanan dengan membawa masuk lebih ramai pemain, termasuk Marc Guehi daripada Crystal Palace.

Juara Piala FA 2025 itu dikatakan mahukan £40 juta bagi kapten mereka, yang hanya tinggal 12 bulan lagi dalam kontraknya.

Namun, Liverpool berhasrat membayar kurang daripada jumlah tersebut.

Setakat ini, Liverpool telah membelanjakan kira-kira £270 juta sepanjang tempoh perpindahan sebelum musim EPL 2025/26 bermula, sambil memperoleh semula sekitar £170 juta melalui penjualan pemain. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg