Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Pemain Sailors dilengkapi kemahiran celik kewangan

Kelab profesional setempat bekerjasama dengan SGX bagi pertingkat kemahiran menyeluruh para pemain sebagai persiapan selepas tamat kerjaya di padang
Aug 30, 2022 | 05:30 AM



BURSA Singapura (SGX) telah bekerjasama dengan kelab bola sepak tempatan Lion City Sailors (LCS) bagi melancarkan bengkel celik kewangan bersiri dalam usaha melengkapkan pemain kelab itu dengan pengetahuan asas menguruskan kewangan peribadi dan pelaburan mereka semasa me- niti kerjaya bola sepak sekarang dan seterusnya.



Inisiatif di bawah SGX Cares ini juga selaras dengan usaha berterusan Sailors untuk membina kemahiran menyeluruh bagi pemain bola sepak mereka.



Ketua penyelidikan SGX Group, Chan Kum Kong dan Pengarah Sukan Sailors, Badri Ghent, telah memulakan sesi pertama bengkel itu di Pusat Latihan Bersepadu LCS di Mattar Road pagi semalam.



Lebih 20 pemain Sailors, termasuk bintang skuad bola sepak negara Hariss Harun, Shahdan Sulaiman, Song Ui-young dan Hassan Sunny, menghadiri bengkel itu selepas latihan mereka semalam.



Bengkel pertama dari empat siri itu dikendalikan oleh jurulatih akademi SGX, Chua I-Min, yang membimbing mereka mengenai asas perancangan kewangan dan pelaburan.



Bagi Chan, perancangan kewangan bagi pemain bola sepak pada awal kerjaya mereka amat penting.



"Kerjaya sebagai seorang pemain bola sepak adalah sangat intensif dan selalunya agak singkat. Kecederaan juga boleh berlaku, jadi mereka perlu membuat persiapan bagi ketidaktentuan dalam kehidupan mereka, terutama pada waktu yang lebih awal.



"Justeru, mereka perlu mempunyai pendapatan pasif sebanyak mungkin supaya ia dapat menjadi bekalan asas buat mereka sekiranya mereka perlu bersara atau jika apa-apa yang berlaku nanti," katanya kepada media semalam.



Bagi Bhadri pula, beliau gembira Sailors dapat bekerjasama dengan SGX bagi memberikan ilmu kewangan sebegini kepada para pemain.



"Pemain kami adalah aset paling penting kelab ini... kami ingin mewujudkan sekitaran terbaik supaya mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugasan di padang sambil melengkapi diri untuk kehidupan di luar bola sepak.



"Kami hargai SGX Group dapat bekerjasama dengan kami dalam siri bengkel ini yang kami harap akan menjadi bahagian penting dalam usaha kami membantu pemain bersiap sedia harungi masa depan selepas kerjaya bola sepak mereka," kata Bhadri.



Kapten Hariss, 31 tahun, akur bengkel sedemikian sesuai bagi mempersiapkan pemain bola sepak tempatan untuk merancang kewangan mereka seawal mungkin.



"Sesetengah daripada kami telah mula merancang untuk itu (selepas kerjaya bola sepak)... sama ada sambung sekolah, menubuhkan perniagaan atau menjadi jurulatih dan ilmu celik kewangan pastinya alat yang baik untuk membantu kami dalam apa jua yang kami pilih untuk lakukan nanti.



"Kami amat bersyukur kerana kelab ini telah bekerjasama dengan SGX untuk membantu kami dalam bidang kewangan ini," kata Hariss.



Pemain muda Sailors, Nur Adam Abdullah, 21 tahun, ghairah mahu menimba pelbagai ilmu yang disampaikan di bengkel pertama itu semalam.



"Selalunya kita kurang diajar mengenai cara menguruskan kewangan semasa di sekolah, tetapi ini jelas merupakan ilmu hidup yang penting... yang dapat membantu memastikan kita menjaga keluarga pada masa depan.



"Saya tidak sabar untuk mempelajari lebih lanjut dan mempraktikkan ilmu itu supaya saya mempunyai platform yang baik untuk memantapkan tahap kewangan saya," ujar Adam yang sudah mula melaburkan wang kerjayanya itu di beberapa wadah pelaburan.



SGX Cares berharap inisiatif bengkel sebegini akan dapat diluaskan kepada kelab bola sepak lain yang beraksi dalam Liga Perdana Singapura (SPL) dalam masa terdekat.



SGX Cares juga sebelum ini telah bekerjasama dengan Institut Sukan Singapura (SSI) bagi melancarkan bengkel kewangan bersiri di dalam talian pada 2020.



Ini dimanfaatkan lebih 200 atlet di bawah SSI, termasuk jaguh renang Joseph Schooling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >