Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK DUNIA

Pemain skuad muda Afghan maut jatuh paut pada pesawat untuk tinggalkan negara

Aug 21, 2021 | 05:30 AM



KABUL: Seorang pemain bola sepak Afghanistan yang bermain untuk skuad muda negara itu antara mangsa yang jatuh dari sebuah pesawat Amerika Syarikat ketika ia berlepas dari lapangan terbang Kabul baru-baru ini.



Sebuah institusi pemerintah Afghanistan yang bekerjasama dengan kumpulan sukan negara itu mengesahkan kematian Zaki Anwari.



Beberapa agensi berita kebangsaan melaporkan bahawa Anwari berpaut pada badan pesawat tentera udara itu dalam usahanya melarikan diri dari negara itu, yang dilanda pergolakan, sebelum terjatuh sejurus pesawat itu berlepas.



"Anwari, seperti ribuan pemuda Afghanistan, ingin meninggalkan negara itu tetapi jatuh dari pesawat AS dan meninggal dunia," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook.



Ribuan warga Afghanistan berpusu-pusu ke lapangan terbang di ibu kota Kabul dalam usaha melarikan diri dari negara itu, sejurus selepas kumpulan militan Taliban secara rasmi mengambil alih kuasa daripada Presiden Ashraf Ghani, yang telah melarikan diri.



Dalam satu rakaman video mengerikan, beratus-ratus orang dapat dilihat berlari di samping pesawat Tentera Udara AS ketika ia cuba berlepas dari landasan.



Beberapa lelaki dilihat cuba berpaut pada bahagian luar kapal terbang tersebut.



Klip lain turut menunjukkan dua orang jatuh dari paras tinggi selepas pesawat C-17 tu berlepas.



Agensi berita antarabangsa juga melaporkan bahawa tentera Amerika menemui beberapa bahagian anggota tubuh manusia pada bahagian roda pendaratan pesawat itu.



"Sebelum kru udara dapat menurunkan muatan, pesawat dikelilingi oleh ratusan orang awam Afghanistan," kata jurucakap Angkatan Udara AS, Ann Stefanek.



"Dengan keadaan di situ semakin berbahaya, kru C-17 memutuskan meninggalkan lapangan terbang secepat mungkin." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >