Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TERBUKA GUANGZHOU

Pemain tenis Britain Harriet Dart menang perlawanan pembukaan

Sep 19, 2023 | 12:01 PM



GUANGZHOU: Pemain Britain, Harriet Dart, menang perlawanan pembukaannya dalam Terbuka Guangzhou selepas pertandingan Persatuan Tenis Wanita (WTA) disambung semula di China.


Pemain berusia 27 tahun itu menundukkan lawannya, Jule Niemeier, dari Jerman 6-3 6-2 untuk melangkah ke pusingan 16 pemain.

Sebelum itu, Dart menewaskan Fang Ying Xun dari China dan Valeria Savinykh dari Russia untuk layak ke Terbuka Guangzhou.

Terbuka Guangzhou merupakan pertandingan WTA pertama sejak Januari 2020 yang berlangsung di China.

Covid-19 dikatakan menjejas pertandingan tersebut menyusuli boikot di atas dakwaan yang dibuat Peng Shuai.

Pada November 2021, bekas pemain nombor satu dunia bagi acara berpasangan itu mendakwa telah dipaksa untuk mengadakan hubungan seksual dengan bekas naib Perdana Menteri China, Encik Zhang Gaoli.

Menyusuli dakwaan itu, WTA menggantung acara akhir tahunnya di China dan berkata bahawa ia tidak akan kembali sehingga terdapat siasatan dan jaminan akan keselamatan Peng.

Namun Peng kemudian menafikan membuat dakwaan tersebut meskipun beliau tidak lagi dilihat di luar China selepas itu.

Encik Zhang belum memberi sebarang komen terbuka di atas dakwaan tersebut.

Pada April 2023, WTA mengumumkan bahawa ia akan menyambung semula pertandingan di China selepas menerima hakikat bahawa satu siasatan ke atas dakwaan serangan seksual itu tidak akan dijalankan oleh pemerintah China.

“Kami telah menantikannya selama 16 bulan dan kami yakin bahawa pada masa ini, permintaan kami itu tidak akan dipenuhi,” kata ketua eksekutif WTA, Encik Steve Simon, kepada BBC Sport pada masa itu.


“Untuk meneruskan strategi yang sama sememangnya tidak masuk akal dan satu pendekatan berbeza kini diperlukan.

“Harapannya adalah dengan kembalinya (pertandingan ini), lebih banyak kemajuan akan dapat dicapai,” kata beliau.

Dart akan bertemu pemain ketujuh pertandingan itu, Greet Minnen, dari Belgium dalam pusingan 16 pemain pada Rabu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >