Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penalti ‘kontroversial’ bantu PSG seri 1-1 dengan Newcastle

Nov 29, 2023 | 12:03 PM



PARIS: Bekas pemain tengah Newcastle United, Jermaine Jenas, menyifatkan penalti kontroversial yang diberikan kepada Paris St-Germain (PSG) pada minit-minit terakhir “merompak” keputusan perlawanan Liga Juara-juara menentang Newcastle pada Rabu.


Perlawanan Kumpulan F itu menyaksikan Newcastle seri 1-1 dengan PSG – gol tunggal PSG disempurnakan Kylian Mbappe melalui sepakan penalti tersebut manakala Alexander Isak menjaringkan gol Newcastle pada minit ke-24.

Dalam masa kecederaan separuh masa kedua, hantaran pemain sayap PSG, Ousmane Dembele, kelihatan terkena badan Livramento dan bola kemudian melantun ke tangan pemain pertahanan Newcastle itu.

Susulan semakan video penolong pengadil (VAR), pengadil memutuskan bola terkena tangan Livramento di dalam kotak dan PSG layak menerima penalti.

Jenas berkata: “Apa yang sepatutnya (Tino) Livramento perlu lakukan dengan tangannya? Letakkan tangan di belakang?

“Pemain (Newcastle) memberikan segalanya dan ia sepatutnya merupakan kemenangan bersejarah. (Kemenangan) Newcastle telah dirompak.”

Keputusan itu menyaksikan PSG berada dalam kedudukan selesa untuk layak ke pusingan 16 terakhir.

Newcastle pula berada dalam keadaan bahaya untuk tersingkir di peringkat kumpulan.

Pertemuan awal antara kedua-dua pasukan di St James Park pada 5 Oktober menyaksikan Newcastle menang selesa 4-1.

Pengurus Newcastle, Eddie Howe, mengulas:

“Saya rasa ia keputusan yang mengecewakan. Ia amat mengecewakan kami kerana pada masa itu anda tahu hanya tinggal sedikit masa dalam permainan tetapi tiada apa yang boleh kami lakukan sekarang.”

Pasukan Howe itu perlu menang untuk membolehkan mereka kekal dalam persaingan.

PSG pula perlu mengelakkan kekalahan ketiga dalam lima perlawanan kumpulan jika tidak ingin tersingkir buat kali pertama dalam peringkat kumpulan.

Pengurus PSG, Luis Enrique, berkongsi: “Kami patut menang, tanpa ragu-ragu. Saya fikir ia adalah persembahan yang sangat sempurna daripada kami. Kami lebih baik daripada Newcastle tetapi itulah bola sepak.”

Beliau mendakwa beliau tidak melihat insiden penalti tersebut.

Juara liga Perancis itu akan mengesahkan tempat di peringkat seterusnya jika menang ke atas Borussia Dortmund dalam perlawanan terakhir Kumpulan F mereka pada 14 Disember.

Newcastle kini perlu menang di padang sendiri menentang AC Milan pada 14 Disember dan berharap PSG tewas.

PSG kerap bergelut dalam aksi liga tersebut sejak sedekad lalu tetapi tidak seteruk musim ini dan gol Mbappe – jaringan ke-17 beliau secara keseluruhan pada musim ini – mengeluarkan pasukannya dari zon bahaya. – Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >