Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU (F1)

Pencapaian Max Verstappen dipandang rendah: Fernando Alonso

Aug 28, 2023 | 04:42 PM



BELANDA: Pencapaian Max Verstappen musim ini “dipandang rendah”, menurut juara dunia dua kali Fernando Alonso.


Kemenangan pemandu Red Bull itu dalam Grand Prix Formula Satu (F1) Belanda adalah yang kesembilan berturut-turut, menyamai rekod Sebastian Vettel.

Vettel, kini sudah bersara, merupakan satu-satunya pemandu yang telah memenangi sembilan perlumbaan berturut-turut dalam satu kempen.

Beliau melakukannya semasa perjalanannya ke kejuaraan yang keempat pada 2013.

Ini merupakan kemenangan ke-11 dalam 13 perlumbaan untuk Verstappen, membuatnya hampir merangkul kejuaraan dunia ketiga berturut-turut.

Namun, perlumbaan Verstappen tidak begitu sempurna. Hujan turun semasa pusingan permulaan dan penutup.

Hujan bermula turun ketika pemandu beratur di grid untuk memulakan perlumbaan. Menjelang penghujung pusingan pertama, ia tidak jelas sama ada hujan akan bertahan atau reda dengan cepat, merumitkan keputusan pemandu sama ada untuk menukar kepada tayar yang sesuai dengan cuaca basah.

Rakan sepasukannya, Sergio Perez, memilih untuk menukar tayar yang sesuai dengan cuaca basah tetapi Verstappen memilih untuk tidak menukar tayar. Itulah yang mencetus kemenangan bagi pemandu Belanda itu.

Verstappen berkata: “Saya fikir terdapat lebih banyak kereta dominan pada masa lalu berbanding pada masa ini dan mereka tidak dapat memenangi sembilan perlumbaan berturut-turut.

“Adalah sukar. Terutama seperti hari ini, adalah mudah untuk membuat keputusan yang salah. Malangnya, ia tidak pernah semudah itu.

“Ia mungkin salah satu perlumbaan yang lebih sukar untuk dimenangi sekali lagi tetapi sembilan kemenangan berturut-turut adalah sesuatu yang saya tidak pernah fikirkan. Saya sangat gembira untuk menang di hadapan penyokong sendiri.”

Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner, berkata beliau percaya Verstappen “tidak boleh disentuh. Saya tidak fikir ada mana-mana pemandu di grid yang akan dapat mencapai apa yang beliau lakukan dalam kereta itu”.

Alonso ditanya tentang pendapatnya berkaitan pencapaian Verstappen dan sama ada beliau fikir pelumba Belanda itu memandu pada tahap melebihi pemandu lain, atau sama ada individu seperti dirinya atau Lewis Hamilton, boleh menandinginya.

Alonso berkata: “Pencapaian Max kadangkala dipandang rendah. Untuk menang dengan cara yang dominan dalam mana-mana sukan adalah sangat rumit.

“Kami mempunyai ramai pemandu yang yakin dengan diri sendiri jadi saya percaya saya boleh melakukannya juga. Saya tidak tahu (tentang) Lewis, tetapi saya yakin untuk berada pada tahap yang sama dengan Max.

“Anda perlu berada pada mood yang sesuai supaya anda rasa seperti bersatu dengan kereta.


“Hari-hari, saya rasa saya berada pada tahap terbaik saya dan memberikan 100 peratus kebolehan saya dalam kereta lumba.

“Tetapi mungkin pada perlumbaan terakhir di Spa, atau di Austria (tiga perlumbaan sebelum ini), saya tidak berada pada tahap itu.

“Jadi anda sentiasa rasa ada ruang untuk diperbaiki dan anda tidak 100 peratus gembira dengan diri anda seperti saya hari ini.

“Dan saya rasa Max mencapai tahap 100 peratus itu lebih kerap daripada kami pada masa ini, berbanding pemandu lain, dan itulah sebabnya beliau mendominasi.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >