Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Verstappen, Red Bull buru satu lagi rekod di Belgium sebelum F1 rehat

Jul 27, 2023 | 12:06 PM



SPA (Belgium): Max Verstappen berpeluang mencatat lebih banyak rekod dalam Formula Satu (F1) bagi pasukannya Red Bull di Grand Prix Belgium Ahad ini, menjelang tempoh rehat pada Ogos.


Red Bull telah memenangi 12 perlumbaan berturut-turut, tetapi mereka boleh mencatat sejarah di litar Spa-Francorchamps sebagai pasukan pertama memenangi 12 perlumbaan berturut-turut dalam tahun yang sama dan pasukan pertama memenangi 12 perlumbaan pertama dalam semusim.

Verstappen, jika memenangi Grand Prix Belgium, akan meraih kemenangan kelapan berturut-turut, hanya satu kurang daripada rekod pemandu Red Bull, Sebastian Vettel, pada 2013.

Hakikat ini membuat penyokong Verstappen melonjak keghairahan, kerana menanti kehadiran beliau untuk merebut kemenangan ketiga dalam tiga tahun di litar itu. 

“Spa ialah litar kegemaran saya dan saya tidak sabar untuk memulakan perlumbaan… saya menjangka satu hujung minggu yang seronok,” kata Verstappen, yang dilahirkan di Belgium tetapi berlumba dalam F1 dengan lesen Belanda. 

“Saya mempunyai kenangan indah di Spa dan selepas meraih keputusan hebat di Hungary, saya berharap kami dapat meraih keputusan yang dijangka hujung minggu ini, menjelang tempoh rehat musim panas.”

Verstappen menang di Belgium sepanjang dua tahun lalu, walaupun pada 2022 beliau memulakan perlumbaan di grid ke-14.

Beliau dijangka terus mencapai kemenangan di Spa minggu ini, dengan hanya cuaca boleh menampilkan cabaran tambahan.

Hujan diramalkan pada Jumaat, apabila perlumbaan kelayakan bermula dan juga pada Sabtu, di mana kelayakan bagi acara pecut dan perlumbaan rasmi diadakan.

Buat masa ini, Verstappen berada 110 mata di atas pesaing terdekat – rakan sepasukan Sergio Perez – selepas melengkapkan 11 daripada 22 pusingan dan beliau boleh meluaskan jurang tersebut.

Perez mengakhiri perlumbaan di tempat kedua di Spa tahun lalu, satu-satu kalinya beliau berjaya merebut tempat di podium di sana.

Pemandu asal Mexico itu berkata: “Sudah tentu cuaca akan memainkan peranan dan di Spa, kami perlu menyesuaikan strategi dengan cuaca yang berubah-ubah.”

Beliau juga pelumba pecut terbaik sejauh ini, selepas dua daripada enam pelumbaan pecut diadakan.

Dalam pada itu, Lando Norris daripada McLaren turut dijangka bersaing bagi mendapat tempat di podium.

Jika berjaya, beliau akan naik ke podium buat kali ketiga berturut-turut, selepas mengakhiri perlumbaan di Britain dan Hungary di tempat kedua.

Rakan sepasukannya Oscar Piastri dari Australia juga memburu tempat di podium.

Sementara itu, pelumba veteran Lewis Hamilton, yang telah memenangi lebih banyak kejuaraan daripada pemandu lain yang berlumba musim ini, juga dianggap sebagai antara pelumba berpeluang menang di Spa.

Juara dunia tujuh kali itu telah menang empat kali di Grand Prix Belgium.  

Beliau, yang mendahului grid di Hungary – kali pertama sejak 2021 – bersama rakan sepasukannya George Russell boleh mencetuskan kejutan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >