SELEPAS penembak nasional Sng Jian Hui melepaskan 30 tembakan pada sasarannya, senikata sebuah lagu Jepun terngiang-ngiang di fikirannya tanpa diundang.
"Sebahagian daripada lagu itu akan kedengaran sekali-sekala dalam fikiran saya, ini menyukarkan saya memberi tumpuan," kata atlit berusia 19 tahun itu, yang menjelaskan bahawa masalah yang beliau hadapi bukan dalam melapangkan fikirannya sebelum pertandingan, tetapi dalam memastikan fikirannya kekal lapang.