Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengacara terima ugutan atas komen berhubung petinju Algeria Imane Khelif

Aug 16, 2024 | 5:19 PM
Pengacara sukan, Laura Woods (kiri), bersama pakar sukan TNT Sports Rio Ferdinand.
Pengacara sukan, Laura Woods (kiri), bersama pakar sukan TNT Sports Rio Ferdinand. - Foto REUTERS

LONDON: Pengacara sukan, Laura Woods, mendedahkan bahawa beliau menerima “sejumlah ugutan bunuh” dalam talian akibat komennya atas kelayakan peninju Olimpik, Imane Khelif dan Lin Yu-ting untuk ikut serta dalam acara tinju wanita.

Masing-masing peninju meraih pingat emas dalam divisyen berat masing-masing di Olimpik Paris di tengah perbahasan awam mengenai kelayakan mereka bertanding dalam divisyen wanita.

Khelif dari Algeria dan Lin dari Taipei dikatakan tidak layak ikut serta dalam Pertandingan Dunia pada 2023 setelah dilapor gagal dalam ujian kelayakan jantina.

Kededuanya menang pingat emas di Paris setelah disifatkan layak oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Woods memberi komen “artikel yang baik” terhadap kandungan tulisan Oliver Brown daripada media Telegraph mengenai kes tersebut.

Woods, yang bekerja bagi TNT Sports dan pernah membuat liputan Euro 2024 untuk ITV Sport di Jerman, berkata beliau menerima banyak komen kebencian di media sosial.

“Sejak saya mengulas artikel itu, saya terima banyak ugutan bunuh ke atas diri saya dan anak saya yang belum lahir,” tulis Woods di akaun X miliknya.

“Soalan mengenai jantina saya (saya sedang hamil, saya rasa itu menjawab semua sangkaan tidak benar), panggilan kepada majikan saya supaya memecat saya, hingga ancaman yang dihantar ke rumah saya.

“Apabila terdapat percanggahan dengan keputusan ujian – yang boleh memberi kesan kepada keselamatan manusia lain, dengan situasi harus adil sepenuhnya – soalan tersebut wajar ditanya.

“Jawapannya masih belum jelas, kerana jika sudah ada jawapan jelas, kes ini pasti sudah ditutup.”

Kelayakan Khelif dan Lin telah dibatalkan Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) pimpinan Russia semasa Kejohanan Dunia pada 2023.

IBA berkata Khelif dan Lin “gagal memenuhi kriteria kelayakan untuk menyertai pertandingan wanita, seperti yang ditetapkan dalam peraturan IBA”.

Sebaliknya, IOC, penganjur pertandingan tinju di Olimpik, membolehkan mereka bertanding.

Ia menimbulkan kritikan dan keraguan berhubung ujian yang dijalankan oleh IBA, menegaskan Khelif dan Lin “dilahirkan dan dibesarkan sebagai wanita”.

Presiden IOC, Thomas Bach, mengatakan bahawa IOC “tidak suka ketidakpastian” tapi menyarankan bahawa tiada sistem saintifik yang terhad untuk “mengenal pasti lelaki dan wanita”.

Khelif mengakui dirinya merupakan mangsa “buli” dan mengatakan bahawa IBA “membenci saya dan saya tidak tahu mengapa”. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg