Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pengadil S'pura Taqi dilantik adili Piala Dunia Wanita

var
Jan 12, 2023 | 05:30 AM



SELEPAS bertugas di Piala Dunia Qatar 2022, pengadil Singapura Taqi Aljaafari Jahari akan terlibat dalam Piala Dunia Wanita.



Taqi, 36 tahun, antara 107 pengadil yang diumum oleh Fifa Selasa lalu bagi Piala Dunia Wanita di Australia dan New Zealand dari 20 Julai hingga 20 Ogos.



Beliau akan bertugas sebagai penolong pengadil video (VAR), sama seperti di Qatar.



Pelantikannya menandakan satu lagi kejayaan buatnya dan Singapura, kerana Taqi akan menjadi pengadil pertama Singapura bertugas di Piala Dunia lelaki dan wanita.



Taqi akan menjadi pengadil kedua Singapura di Piala Dunia Wanita, selepas pegawai polis wanita dan bekas pemain nasional Abirami Naidu pada 2015 di Canada.



Beliau juga satu-satunya pengadil Asia Tenggara dalam senarai pengadil itu.



"Saya berbangga dengan pencapaian ini, kerana ini hanya edisi kedua Piala Dunia Wanita akan menggunakan sistem video bagi pengadilannya," kata Taqi.



Beliau bertugas dalam peranan VAR bagi perlawanan bola sepak lelaki dan wanita Sukan Olimpik Tokyo 2021.



Di Qatar, Taqi berpeluang bekerja dengan pengadil wanita, dan beliau berkata: "Ia membawa perspektif berbeza tentang pemikiran mereka, interaksi mereka dan pemahaman bola sepak mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >