Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penganjur Olimpik 2024 kekalkan tapak luncur air kontroversial di Tahiti

Nov 10, 2023 | 02:26 PM



PARIS: Penganjur Paris 2024 tetap berpegang pada pilihan tapak Teahupo’o Tahiti bagi pertandingan meluncur Olimpik, walaupun terdapat tentangan penduduk tempatan berkaitan pertikaian pembinaan menara aluminium yang disifatkan penduduk sebagai akan merosakkan terumbu karang.


Perkampungan tepi lagun yang indah itu telah lama menyaksikan beberapa pertandingan terbaik dalam jelajah kejohanan Liga Luncur Air Dunia (WSL) profesional.

Menara kayu sederhana digunakan buat pengadil di atas terumbu dan dirobohkan selepas setiap acara.

Penganjur Paris 2024, yang menonjolkan azam mereka dalam mengurangkan kesan alam sekitar pada sukan itu, merancang membelanjakan hampir AS$5 juta ($6.8 juta) untuk membina menara lebih besar dengan tandas, alat hawa dingin dan ruang buat 40 orang yang diperlukan dalam memenuhi piawaian keselamatan.

Tetapi petisyen dalam talian – yang menyeru pembatalan rancangan untuk perancah aluminium setinggi 14 meter dan saluran perkhidmatan sepanjang 800 meter melalui terumbu – telah mengumpulkan hampir 150,000 tandatangan pada Rabu.

Penduduk Teahupo’o termasuk Matahi Drollet, seorang peluncur terkenal, berkata pembinaan baru itu akan menyebabkan kerosakan ketara pada terumbu karang, dan berisiko menjejas ekosistem marin dan ombak yang sempurna.

“Mereka telah menggunakan, menilai, merakam dan melakukan siaran langsung dari menara kayu untuk WSL profesional selama 15 tahun lalu,” katanya dalam mesej video semasa bantahan berkaitan menara itu pada November.

“Kesan dan risiko terlalu besar untuk hanya tiga hari pertandingan.”

Pada Rabu, Presiden Polinesia Perancis, Moetai Brotherson, juga berkata acara meluncur bagi Sukan Musim Panas boleh dipindahkan ke Taharuu, di pantai barat Tahiti.

“Ini akan membolehkan kami mengelakkan masalah yang kami hadapi hari ini. Memandangkan isu-isu yang dipertaruhkan dan bantahan hari ini, mungkin kami boleh menyemak semula pilihan ini,” kata Brotherson, dalam media Perancis.

Sementara itu, penganjur Paris 2024 berkata mereka ingin mencari penyelesaian melalui dialog.

“Seperti yang ditegaskan presiden kami, Tony Estanguet baru-baru ini, keutamaan kami hari ini adalah mencari penyelesaian yang membolehkan kami menganjurkan acara meluncur Sukan Olimpik di Tahiti, di tapak Teahupo’o, dalam keadaan terbaik,” kata penganjur dalam satu kenyataan kepada Reuters.


“Tahiti dipilih kerana tapak Teahupo’o dan ombak legendanya adalah antara yang paling indah di dunia. Perbincangan dan kajian akan diteruskan dalam beberapa minggu akan datang untuk mencari penyelesaian bagi menganjurkan acara di tapak Teahupo’o.”

“Bersama-sama dengan semua pihak berkepentingan, dan Polinesia khususnya, Paris 2024 akan terus mendengar semua penyelesaian untuk menambah baik projek ini. Dialog dan kerja akan diteruskan dengan persatuan alam sekitar dan penduduk tempatan.”

Sukan Olimpik Paris 2024 akan diadakan dari 26 Julai hingga 11 Ogos. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >