Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Maximilian Maeder disenarai sebagai calon Pelayar Lelaki Terbaik Dunia

Oct 19, 2023 | 05:19 PM



Maximilian Maeder nampaknya akan terus mendapat anugerah, kerana bintang luncur lelayang itu disenaraikan sebagai sebahagian daripada calon untuk Pelayar Lelaki Terbaik Dunia yang dikeluarkan pada Selasa.

Peluncur Lelayang berusia 17 tahun itu merupakan warga Singapura pertama yang dicalonkan untuk anugerah tahunan berprestij itu, yang dilancarkan pada 1994 untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang pelayar individu dan pasukan.

Pemenang akan diumumkan pada 14 November di Malaga, Sepanyol.

Maximilian, yang dalam perjalanan ke kem latihan di Croatia, berkata pada Rabu:

“Saya teruja dan berterima kasih atas pencalonan ini, dan saya terutamanya berterima kasih kepada mereka yang telah merealisasikan perjalanan saya. Ia amat bermakna kepada saya jika ini boleh membawa pengiktirafan kepada sukan dan pelayaran di Singapura.”

Beliau telah merangkul pencapaian yang ketara pada 2023.

Buat kali pertama, beliau memenangi Kejohanan Dunia Belia Formula Kite di Gizzeria, Italy pada Julai sebelum melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 dan memenangi Kejohanan Dunia Pelayaran sebulan kemudian di The Hague, Belanda.

Beliau kemudian menang pingat emas di Sukan Asia di Hangzhou pada akhir September.

Beliau hadapi saingan sengit daripada calon lain.

Mereka merupakan Pelayar Terbaik Australia untuk dua tahun, Tom Slingsby (beliau bimbing Pasukan Australia mencapai kemenangan dalam SailGP musim lalu); Charlie Enright dari Amerika (kapten pasukan 11th Hour Racing Team dalam The Ocean Race); dan pasangan Belanda dan juara dunia 49er, Bart Lambriex dan Floris van de Werken.

Calon dalam kategori wanita ialah Betsy Alison dari Amerika Syarikat; Kirsten Neuschafer dari Afrika Selatan; Lauriane Nolot dari Perancis; serta Vilma Bobeck dan Rebecca Netzler dari Sweden.

Presiden Persekutuan Pelayaran Singapura, Lincoln Chee, berkata bahawa hakikat Maximilian dicalonkan adalah pengiktirafan kepada “prestasi cemerlang yang konsisten dalam pelayaran elit Maximilian dan impaknya terhadap sukan Formula Kite pilihannya”.

“Untuk menerima pencalonan Rolex World Sailor of the Year adalah salah satu pengiktirafan tertinggi dalam pelayaran dunia. Tiada pelayar Singapura yang pernah menerima penghormatan seperti itu dan Pelayaran Singapura mengucapkan tahniah kepada Max atas pencapaian baharu ini dalam sejarah kita.”

Maximilian, yang merangkul Pemain Sukan Terbaik di Anugerah Sukan Singapura pada Ogos, mempunyai dua lagi acara sukan pelayar yang dijadualkan pada 2023.

Beliau akan ke Zhuhai, China untuk perlawanan terakhir Siri Dunia Luncur Lelayang pada 29 November, sebelum menamatkan musimnya di Kejohanan Dunia Pelayaran Belia di Buzios, Brazil, pada 8 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >