Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS TERBUKA PERANCIS

Djokovic enggan dabik dada jaguh tenis lelaki terhebat

Jun 18, 2023 | 05:30 AM



PARIS: Novak Djokovic berkata bukan keputusannya untuk menetapkan sekiranya dirinya sebagai pemain tenis paling hebat selepas menjuarai Grand Slam ke-23.


Djokovic, pemain asal Serbia, menjuarai pertandingan Terbuka Perancis pada Ahad, satu kejuaraan lebih banyak berbanding Rafael Nadal dalam kalangan pemain lelaki.

Djokovic kini setanding dengan pemain tenis wanita, Serena Williams, yang meraih gelaran itu buat kali ke-23 dan mungkin akan dapat menyamai rekod Margaret Court yang telah memenanginya sebanyak 24 kali – dalam pertandingan Wimbledon pada Julai ini.

“Saya enggan berbincang hal ini. Saya catit sejarah saya sendiri,” kata Djokovic, 36 tahun.

“Saya enggan nyatakan bahawa saya paling hebat. Saya biarkan perbincangan itu kepada yang lain.”

Sepanjang beberapa tahun lalu, Djokovic bagaikan bersaing dengan Nadal dan Roger Federer, yang bersara tahun lalu selepas menang 20 kejuaraan utama, untuk menentukan pemain tenis mana akan meraih kejuaraan Grand Slam paling banyak.

Dengan menewaskan pemain Norway, Casper Ruud, di Roland Garros, Djokovic sekali gus meninggalkan para pesaingnya itu.







Djokovic memang kelihatan mempunyai peluang lebih baik untuk meluaskan jurang kemenangannya, apatah lagi Nadal yang cedera merancang bersara pada 2024 sementara Federer, 41 tahun sudah pun bersara.

“Memang hebat apabila dapat tahu yang saya berada di hadapan berdasarkan jumlah kemenangan Grand Slam, tapi pada masa yang sama, setiap orang reka sejarah mereka sendiri,” kata Djokovic, yang juga meraih semula ranking nombor satu dunia di Paris.

“Saya rasa seperti setiap seorang juara itu telah meninggalkan makna dan legasi mereka tersendiri.

“Saya memang mempunyai harapan besar, keyakinan dan kepercayaan dalam diri saya sendiri, siapa diri saya dan apa yang saya mampu lakukan.

“Trofi ini merupakan satu lagi pengesahan akan mutu tenis yang saya masih mampu hasilkan,” tambahnya.

Djokovic dikatakan akan berusaha menyamai rekod Court di Wimbledon – tempat beliau telah tujuh kali menang dan merupakan favorit untuk menyamai rekod kemenangan Federer bagi kejuaraan lelaki sebanyak lapan kali.

“Grand Slam merupakan keutamaan besar dalam senarai saya, bukan sahaja untuk musim ini bahkan semua musim, terutama di peringkat usia dan kerjaya saya kini,” kata Djokovic.

“Perjalanan masih belum berakhir. Sekiranya saya memenangi Grand Slam, mengapa perlu saya fikirkan untuk mengakhiri kerjaya yang telah berlarutan selama 20 tahun?

“Saya masih berasa bermotivasi dan berinspirasi untuk bermain tenis secara terbaik dalam semua pertandingan.

“Inilah yang amat penting dalam sejarah sukan ini,” katanya lagi.

Djokovic dilaporkan telah mengurangkan jadual permainannya sejak beberapa tahun lalu dalam usaha mencapai kemuncak tahap permainannya pada masa yang tepat untuk empat kejuaraan utama.

Strategi itu jelas berbaloi, dengan Djokovic telah pun memenangi enam daripada lapan kejuaraan utama yang disertainya.

“Beliau mempunyai bak sofwe dalam otaknya yang membenarkannya menukar suis apabila tiba Grand Slam,” kata jurulatih Djokovic, Goran Ivanisevic.

“Pada hari kami tiba di Paris, beliau semakin baik permainannya, lebih bermotivasi dan lebih dahagakan kemenangan.

“Memang seronok menyaksikan beliau selepas meraih 23 kejuaraan.

“Tapi kelihatan beliau berusaha mencari motivasi untuk menang kejuaraan ke-24, mungkin juga yang ke-25.

“Tiada siapa tahu bila ini akan berakhir,” tambah Ivanisevic.

Selepas memerlukan rawatan menyusuli kemenangannya ke atas pemain Sepanyol, Alejandro Davidovich Fokina, Djokovic berkata beliau telah mengalami banyak kecederaan dan satu cara mengatasinya adalah dengan menerimanya.

“Saya tidak suka fikirkan tentang usia, kerana usia itu hanyalah nombor buat saya.

“Tubuh saya memberikan respons berbeza. Dahulu respons pada tubuh saya berbeza.

“Mungkin lima hingga 10 tahun lalu, saya pulih dengan lebih pantas atau saya kurang rasa sakit pada tubuh,” kata Djokovic.

Sementara itu, Ivanisevic berkata beliau tidak berasa bimbang dengan keadaan Djokovic dan percaya bahawa pemain tenis itu masih mampu memberikan yang terbaik untuk menang perlawanan.

“Beliau dapat kekalkan tubuhnya dengan baik. Mungkin ada sedikit kecederaan namun tiada yang serius.

“Beliau memang luar biasa dan masih bergerak bak kucing di gelanggang. Beliau seperti ‘ninja’, beliau di mana-mana,” kata Ivanisevic yang menjuarai Wimbledon pada 2001. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >