Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pengerusi Everton meninggal dunia

Oct 25, 2023 | 02:19 PM



LONDON: Pengerusi kelab bola sepak Everton, Bill Kenwright, yang juga seorang penerbit teater dan filem, telah meninggal dunia pada usia 78 tahun.


Kenwright telah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan tumor barah daripada hatinya sekitar lapan minggu lalu.

Beliau telah menduduki lembaga Everton sejak 1989, mengambil alih sebagai pengerusi di Goodison Park pada 2004.

Beliau yang berasal dari Liverpool juga salah seorang penerbit teater paling berjaya di Britain dan telah memainkan watak Gordon Clegg dalam siri Coronation Street antara 1968 dengan 2012.


Kenwright telah dianugerahkan hadiah tertinggi, Commander of the British Empire (CBE), di atas khidmatnya terhadap filem dan teater dalam Senarai Pengiktirafan Tahun Baru 2001.

Everton berkata ia sedang berkabung menyusuli kematian pengerusi paling lama kelab tersebut.

“Kelab ini kehilangan seorang pengerusi, seorang pemimpin, seorang sahabat, dan satu inspirasi,” Everton menambah.

Pada 12 Oktober, kelab Liga Perdana England (EPL) itu menyatakan bahawa Kenwright telah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan tumor barah daripada hatinya, enam minggu sebelum itu.

Everton berkata pembedahan itu berhasil, namun komplikasi bermakna Kenwright memerlukan tempoh rawatan yang lama dalam unit jagaan rapi.

Mengumumkan tentang kematiannya pada Selasa, keluarga Kenwright berkata mendiang meninggal dunia pada malam Isnin, dikelilingi anggota keluarga serta orang tersayang.

“Bill didorong oleh minat serta menumpukan kehidupannya kepada teater, filem, muzik serta Everton yang disayanginya, selain keluarga yang dihasilkan daripada kelab itu,” menurut kenyataan keluarganya.

“Beliau memberi kesan kepada kehidupan ribuan orang, tidak kira semasa mereka memulakan kerja atau tidak, kemurahan hatinya serta semangat persahabatan selain sokongannya.”

Dalam kerjaya yang berjalan selama enam dekad yang telah menghasilkan banyak anugerah, Kenwright menerbitkan lebih 500 teater West End, Broadway, lawatan serata Britain selain penerbitan teater, filem dan album muzik antarabangsa.

“Kami akan mengingatinya dengan penuh rasa sayang – segalanya perlu diteruskan, seperti yang beliau inginkan, dan warisannya akan juga berterusan,” tambah keluarganya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >