Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man City kecam laungan kurang wajar terhadap Bobby Charlton

Oct 23, 2023 | 01:53 PM



LONDON: Manchester City berkata ia akan mengambil tindakan selepas sekumpulan kecil individu dikatakan menyanyikan kata-kata ofensif menyusuli kematian Sir Bobby Charlton.


Legenda Manchester United dan England itu meninggal dunia pada Sabtu pada usia 86 tahun.

City telah mengecam nyanyian tersebut, yang boleh didengar di beberapa bahagian di Stadium Etihad semasa perlawanan City menentang Brighton pada Sabtu.

Kelab tersebut menyatakan ia amat kecewa dengan laporan tersebut. Satu kenyataan daripada Manchester City berkata:

“Manchester City FC amat kecewa selepas mendapat tahu laporan berkaitan nyanyian ofensif oleh sekumpulan kecil individu tentang Sir Bobby Charlton dalam beberapa bahagian Stadium Etihad semasa perlawanan pasukan kami menentang Brighton.

“Kelab ini mengutuk nyanyian tersebut dan meminta maaf secara mendalam kepada keluarga serta sahabat mendiang Sir Bobby Charlton, dan kepada mereka di Manchester United.

“Pada hari di mana stadium memberi penghargaan kepada legenda kami sendiri, mendiang Francis Lee, penyokong Manchester City juga patut faham dan menghargai perlunya rasa hormat dalam perlawanan bola sepak.

“Pasukan keselamatan kami sedang mengkaji rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan stadium. Kami amat berterima kasih kepada mereka yang telah tampil untuk melaporkan perkara ini.

“Kami terus memohon bagi sebarang maklumat yang dapat membantu mengenal pasti individu yang terlibat, agar kami dapat mengambil tindakan untuk mengeluarkan arahan larangan.”

Perlawanan United selanjutnya dalam Liga Perdana England (EPL) adalah menentang Manchester City pada 29 Oktober.

Dalam satu kenyataan, EPL menyatakan ia amat marah apabila mendengar laporan tentang nyanyian tersebut.

“Kami mengalu-alukan Manchester City dalam memberi maklumat mengenai mereka yang bertanggungjawab dan akan menyokong sebarang tindakan susulan,” kata mereka. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >