DUBAI: Pengunduran Tiger Woods daripada kejohanan golf Dubai Desert Classic minggu lalu selepas mengalami kecederaan kekejangan otot pada bahagian belakang badannya telah menimbulkan persoalan bila beliau akan kembali bersaing. Ini sehingga menyebabkan seorang pakar membuat kesimpulan bahawa kerjaya pemain itu kini di 'penghujung'.
Walaupun pengurusnya Mark Steinberg berkata Woods hanya mengalami "kekejangan otot belakang", pakar kecederaan sukan, Dr Selene Parekh, pula berkata pemain tersebut "perlu berasa amat bimbang" setelah beliau terpaksa membuat pengunduran awal daripada kejohanan di Timur Tengah itu.