LIGA PERDANA ENGLAND
Pengurus Aston Villa dipecat
Feb 13, 2015 | 05:30 AM
LONDON: Paul Lambert dipecat daripada tugasnya sebagai pengurus Aston Villa kelmarin selepas kelab Liga Perdana England (EPL) itu terjerumus di tangga bawah dan kini terkial-kial cuba menyelamatkan diri daripada terkeluar daripada EPL musim depan.
Villa tergelincir ke tangga ke- 18 di kalangan 20 kelab yang bersaing dalam EPL - menyusuli lima kekalahan berturut-turut.