Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Pengurus baru Sean Dyche mahu bantu pemain Everton 'bersinar'

Feb 01, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Sean Dyche berkata adalah tugasnya untuk menjadikan pemain bermutu dalam skuad Everton "bersinar", selepas beliau dilantik sebagai pengurus baru pasukan itu.



The Toffees memecat bekas pengurus Frank Lampard minggu lalu sedang kelab itu terkial-kial di tangga ke-19 Liga Perdana England (EPL) dan kurang dua mata untuk keluar daripada zon relegasi.



Dyche, 51 tahun, yang menandatangani kontrak dua setengah tahun hingga Jun 2025, tidak bekerja sejak dipecat Burnley April tahun lalu.



"Matlamat kami adalah mewujudkan sebuah pasukan yang berfungsi, yang berjuang dan menyarung baju kelab ini dengan bangga," kata Dyche.



"Hubungan dengan penyokong kemudian boleh berkembang dengan cepat kerana mereka begitu bersemangat.



"Ada mutu dalam skuad ini. Tetapi kami perlu menyerlahkan mereka. Itu tugas saya dan kakitangan saya."



Dyche adalah pelantikan pengurus ketujuh pemilik majoriti Everton, Farhad Moshiri, sejak beliau membeli kelab itu pada Februari 2016.



Perlawanan pertama Dyche sebagai pengurus Everton ialah di padang sendiri menentang pendahulu liga Arsenal pada 4 Februari.



Dyche berkata beliau "berbesar hati dapat menjadi pengurus Everton".



"Saya dan kakitangan saya bersedia dan tidak sabar untuk membantu mengembalikan kelab hebat ini ke landasan yang betul.



"Saya tahu mengenai peminat setia Everton dan betapa berharganya kelab ini kepada mereka. Kami bersedia untuk bekerja dan bersedia untuk memberi apa yang mereka mahukan.



"Itu bermula dengan usaha dan kembali kepada beberapa prinsip asas yang telah dipegang oleh kelab ini sejak sekian lama.



"Kami mahu mengembalikan perasaan baik. Kami memerlukan penyokong, kami memerlukan perpaduan dan kami memerlukan semua orang selaras.



"Itu bermula dengan kami sebagai kakitangan dan pemain," kata Dyche dalam satu temu bual.



Beliau akan disokong oleh bekas pemain sayap Nottingham Forest, Ian Woan, sebagai penolong pengurusnya dan bekas pemain antarabangsa England, Steve Stone, sebagai jurulatih pasukan utama.



Pengerusi Everton Bill Kenwright berkata Dyche dengan cepat meyakinkan lembaga pengarah beliau mempunyai "sifat yang tepat untuk menjadikan dirinya pengurus Everton yang hebat".



Dyche membimbing Burnley mencapai dua promosi daripada Liga Championship dan menamatkan dua musim Liga Perdana di tangga separuh atas, termasuk kelayakan Eropah pertama kelab itu dalam 51 tahun selepas mereka menduduki tempat ketujuh pada 2017-18.



Everton berbaki 18 perlawanan dan selepas Arsenal, perlawanan seterusnya ialah di tempat lawan menentang Liverpool pada 13 Februari. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >