Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ASTON VILLA LWN MANCHESTER UNITED

Pengurus baru Villa mahu bintang baru dari kelab lama

Nov 06, 2022 | 05:30 AM



PENGURUS baru Aston Villa, Unai Emery, berhasrat membawa masuk Nicolas Jackson dari bekas kelabnya, Villareal.



Emery pengurus asal Sepanyol itumeninggalkan Villareal untuk mengambil alih kepimpinan di Villa Park, mengisi ruang yang ditinggalkan mantan pengurus Aston Villa, Steven Gerrard.



Menurut laporan, Emery telah meminta kelab barunya itu bertindak pantas untuk dapatkan khidmat Jackson.



Pada masa ini kontrak pemain berusia 21 tahun itu akan berakhir pada akhir musim ini, justeru mereka berminat mendapatkan beliau semasa tempoh pemindahan pemain Januari ini.



Memandangkan Emery sudah mengetahui potensi Jackson bermakna pemain itu berkaliber dan menunjukkan persembahan baik sejauh ini.



Mungkin juga beliau layak diletakkan dalam bahagian serangan tengah, memandangkan Ollie Watkins dan Danny Ings sejauh ini belum menyerlah sangat.



Pada masa yang sama, satu laporan berasingan menyatakan bahawa pemain midfield, Philippe Coutinho, dikatakan menghadapi masalah sukar pada masa ini.



Coutinho lebih banyak memanaskan tempat duduk pemain simpanan menyusuli persembahannya yang hambar sejauh ini. Mungkin masalah ini akan berlarutan dengan kedatangan Emery.



Pemain asal Brazil itu tidak bernasib baik.



Beliau belum lagi menjaringkan sebarang gol dalam musim kali ini meskipun tampil dalam 13 perlawanan untuk Aston Villa dalam semua pertandingan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >