LONDON: Chelsea sedang berusaha keras untuk mendapatkan khidmat penyerang Sepanyol, Samu Omorodion dari Atletico Madrid.
Atletico telah mencapai persetujuan bernilai £81.5 juta ($137 juta) untuk tandatangan penyerang Manchester City Julian Alvarez, dan menjual Omorodion akan membantu menampung kos untuk membeli pemain Argentina itu.
Difahamkan, Alvarez telah menerima kontrak yang ditawarkan Atletico dan pemindahan yang bernilai £64.4 juta, dengan tambahan £17.1 juta berdasarkan persembahan pemain dijangka akan dirasmikan tidak lama lagi.
Musim lalu, Omorodion telah dipinjamkan ke Alaves di mana beliau menjaringkan lapan gol dalam 35 penampilan.
Beliau kini berada di Sukan Olimpik dan telah menjaringkan satu gol dalam perjalanan Sepanyol ke final. - Agensi Berita.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg