Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siapa masuk, siapa keluar?

Aug 1, 2024 | 2:00 PM
(Dari kiri) Ismaila Sarr, Conor Gallagher dan Joe Gomez.
(Dari kiri) Ismaila Sarr, Conor Gallagher dan Joe Gomez. - Foto INSTAGRAM ISMAILA SARR, CONOR GALLAGHER, JOE GOMEZ

Chelsea terima tawaran Atletico untuk Conor Gallagher

Chelsea telah menerima tawaran Atletico Madrid untuk pemain midfield, Conor Gallagher, selepas beliau menolak kontrak baru daripada pasukan Blues.

Pemain antarabangsa England berusia 24 tahun itu kini boleh mengadakan perbincangan bagi kontrak peribadi selepas bidaan sekitar 33 juta euro ($56.7 juta) daripada kelab La Liga, Sepanyol itu.

Kapten, Conor Gallagher, gagal mencapai persetujuan dengan Chelsea untuk kontrak baru. Kontraknya berakhir pada Jun 2025.
Kapten, Conor Gallagher, gagal mencapai persetujuan dengan Chelsea untuk kontrak baru. Kontraknya berakhir pada Jun 2025. - Foto REUTERS

Chelsea difahamkan lebih selesa menjual Gallagher ke Sepanyol atau lain-lain kelab luar negara berbanding kelab Liga Perdana England (EPL).

Justeru, kelab tersebut sanggup menerima tawaran lebih rendah, berbanding 45 juta euro yang dibentangkan Aston Villa.

Namun masih tidak jelas sama ada Gallagher akan menerima pemindahan ke luar negara.

Ismaila Sarr sertai Crystal Palace

Crystal Palace bersedia menandatangani pemain sayap, Ismaila Sarr, dari Marseille dengan bayaran sekitar 12.5 juta euro.

Ismaila Sarr pernah menyerlah bersama Watford dalam Liga Perdana England.
Ismaila Sarr pernah menyerlah bersama Watford dalam Liga Perdana England. - Foto INSTAGRAM ISMAILA SARR

Pemain berusia 26 tahun itu dijangka menandatangani kontrak lima tahun di Selhurst Park.

Sarr menyertai Marseille dari Watford pada Julai 2023 dengan bayaran yang tidak didedahkan.

Pemain sayap itu menjaringkan 34 gol dalam 131 penampilan bersama Watford dan mencatatkan lima gol dan enam bantuan dalam semua pertandingan untuk Marseille musim lalu.

Gomez tetap mahu tinggalkan Liverpool

Pemain pertahanan Liverpool dan England, Joe Gomez, tetap terbuka meninggalkan kelab Anfield itu.

Pemindahan Joe Gomez ke Newcastle gagal menjadi kenyataan.
Pemindahan Joe Gomez ke Newcastle gagal menjadi kenyataan. - Foto REUTERS

Ini meskipun usulan ke Newcastle gagal dipersetujui kededua kelab pada Julai.

Gomez, 27 tahun, dipercayai menarik perhatian beberapa kelab di England meskipun pemindahan ke Serie A turut merupakan satu kemungkinan, berdasarkan sumber yang dekat dengan pemain itu. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg