Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA

Penyertaan dalam skuad nasional semarak semula semangat Harhys Stewart

Kapten pasukan Young Lions akur beliau harungi tempoh sukar selepas pasukan bawah 22 tahun negara tersingkir dari Sukan SEA
Jun 15, 2023 | 02:35 PM



Ukiran senyuman terpancar kembali di wajah Harhys Stewart tatkala pemain kelab Liga Perdana Singapura (SPL) Young Lions itu menyertai sesi latihan bersama pasukan senior bola sepak Singapura pada Isnin.

Minggu-minggu sebelum ini merupakan tempoh yang sangat sukar baginya.

Harhys adalah kapten pasukan bola sepak lelaki bawah 22 tahun yang pulang berputih mata dari Sukan SEA Kemboja bulan lalu.

Young Lions turut tewas lima perlawanan berturut-turut dalam SPL.

Dalam laporan akhbar The Straits Times, Harhys berkata:


“Secara peribadi ia tidak mudah bagi saya. Saya mempunyai keluarga yang boleh saya harapkan untuk membimbing dan saya cuba alihkan fikiran daripada bola sepak, keluar bersama keluarga dan melakukan kegiatan lain selain daripada bola sepak.”

Lantaran itu, penyertaannya dalam skuad senior merupakan berita baik kerana beliau salah seorang daripada lima muka baru yang tersenarai oleh jurulatih pasukan senior, Takayuki Nishigaya, untuk perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Papua New Guinea pada Jumaat dan Kepulauan Solomon pada Ahad.

Mengulas tentang komen daripada media dan warganet, anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) berusia 22 itu berkata: “Sudah tentu sukar untuk tidak melihat komen-komen. Ia barangkali detik paling sukar dalam kerjaya saya yang singkat... Tetapi saya bersedia untuk maju...

“Saya sebenarnya tidak menjangkakannya. Ia adalah detik yang sangat membanggakan bagi saya dan keluarga saya dan saya sangat berterima kasih kepada semua yang telah membantu saya untuk sampai ke tahap ini.”

Menurutnya, panggilan telefon daripada pengurus pasukan Singapura, Eric Ong, pada 8 Jun untuk memaklumkan tentang penyertaannya dalam pasukan kebangsaan membangkitkan semangatnya.

Pemuda berdarah kacukan Melayu dan mat salih dari Wales, Stewart banyak menghabiskan masa kecilnya di Amiriah Arab Bersatu dan Finland sebelum kembali ke Singapura pada 2015.

Beliau kini meletakkan matlamat untuk mengekalkan kedudukannya dalam skuad senior negara.

“Saya sentiasa berusaha ke arah matlamat ini (iaitu menyertai pasukan senior kebangsaan). Saya sentiasa berusaha mempersiapkan diri untuknya dan kini masanya sudah tiba.

“Saya hanya berharap tingkah laku saya adalah yang terbaik, saya berikan usaha terbaik dan kini matlamat seterusnya adalah cuba mengekalkan kedudukan di sini (dalam skuad) dan senantiasa dipanggil (bagi pasukan kebangsaan),” jelasnya.

Dalam pada itu, muka-muka baru yang dikemukakan Nishigaya adalah penjaga gawang Balestier Khalsa, Hairul Syirhan; pemain pertahanan Hougang United, Jordan Vestering; dan pemain midfield Tanjong Pagar United Fathullah Rahmat serta Naqiuddin Eunos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >