Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyokong perlu bersabar sedang United orak strategi saingi City, Liverpool

Feb 26, 2024 | 5:30 AM
Erik Ten Hag memikul tugas berat memastikan Manchester United dapat menyaingi Manchester City dan Liverpool.
Erik Ten Hag memikul tugas berat memastikan Manchester United dapat menyaingi Manchester City dan Liverpool. - Foto AFP

LONDON: Manchester United kini ketinggalan jauh di belakang pendahulu liga, Liverpool dan jiran mereka, Manchester City.

“Apabila Manchester City menentang Real Madrid di padang sendiri dan menang 4-0 musim lalu (dalam separuh akhir Liga Juara-Juara), itu adalah bola sepak terbaik yang pernah saya lihat.

“Jika kita boleh sampai ke tahap itu, ia akan menjadi pencapaian hebat,” kata Sir Jim Ratcliffe.

“Kita mempunyai dua jiran yang sangat dihormati. Namun, saya mahu menjatuhkan mereka semua dari tempat mereka. Kami berkawan dalam erti kata kami semua di daerah yang sama, tetapi mereka adalah musuh terbesar kami. Mereka jelas pesaing terbesar kami.

“Kami jauh di belakang. Ia tidak akan berubah esok. Orang ramai malangnya perlu memberi kami masa. Mungkin dua hingga tiga musim. Kesabaran diperlukan. Membelanjakan wang pada musim panas bukanlah penyelesaian, ia jauh lebih rumit daripada itu,” tambah beliau. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg