Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pep Guardiola dipilih pengurus terbaik England

May 31, 2023 | 03:37 PM



LONDON: Pengurus Manchester City Pep Guardiola telah dinamakan sebagai pengurus terbaik 2023 di England oleh Persatuan Pengurus-Pengurus Liga (LMA).


Ini merupakan ketiga kali Guardiola berjaya memenangi Trofi Sir Alex Ferguson, yang pemenangnya dipilih oleh pengurus di serata divisyen di England.

Pep, 52 tahun yan berasal dari Sepanyol, turut memenangi anugerah pengurus terbaik Liga Perdana England (EPL) 2023 selepas pasukannya menggondol kejuaraan itu buat kelima kali dalam enam musim.

Pengurus pasukan wanita Chelsea Emma Hayes pula menang anugerah terbaik bagi Liga Super Wanita (WSL).

Ia adalah anugerah keempat berturut-turut yang dimenangi Hayes dan yang keenam secara keseluruhannya.

Di bawah pimpinan Hayes, Chelsea merangkul kejuaraan keempat WSL dengan kelebihan dua mata mengatasi Manchester United, yang berjaya mereka tewaskan dalam Piala FA untuk kali ketiga berturut-turut.

Guardiola menjadi pengurus ketiga yang memenangi tiga atau lebih anugerah tahunan LMA itu, yang menandingi kejayaan David Moyes. Namun, beliau masih ketinggalan dua anugerah di belakang bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.

City akan berhadapan Manchester United dalam final Piala FA pada Sabtu ini.

Sekiranya menang, itu bermakna City masih berpeluang meraih tiga kejuaraan utama dalam musim ini atau ‘treble’, jika dapat tundukkan Inter Milan dalam final Liga Juara-Juara pada 10 Jun. Ia telah memenangi EPL pada awal Mei.

Mengulas mengenai anugerah itu, Guardiola berkata:

“Ia satu penghargaan luar biasa untuk mendapat trofi ini. Kami dalam liga terbaik dunia dan saya berjanji yang kami akan terus berjuang pada musim akan datang.”

Lou Macari pula memenangi Anugerah John Duncan yang pertama kali diberikan. Anugerah ini menghargai pencapaian cemerlang di luar padang.

Bekas pemain tengah Scotland, Celtic dan Manchester United berusia 73 tahun itu telah menguruskan sebuah tempat perlindungan bagi golongan gelandangan di Stoke, di mana beliau pernah jadi pengurus untuk dua musim. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >