Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ribuan penyokong Luton Town rai pasukan yang layak ke EPL musim depan

May 30, 2023 | 4:02 PM
SAMBUTAN RAKSASA: Penyokong Luton membanjiri jalan raya yang dilalui bas membawa pasukan bola sepak Luton Town semasa ia berarak untuk meraikan promosi pasukan itu ke Liga Perdana England (EPL).
SAMBUTAN RAKSASA: Penyokong Luton membanjiri jalan raya yang dilalui bas membawa pasukan bola sepak Luton Town semasa ia berarak untuk meraikan promosi pasukan itu ke Liga Perdana England (EPL). - Foto EPA-EFE

LUTON TOWN: Ribuan penyokong pasukan kelab Luton Town membanjiri jalan raya yang menghala ke stadium di Kenilworth Road untuk meraikan kejayaan kelab itu dinaikkan ke Liga Perdana England (EPL).

Media di Britain melaporkan lebih 20,000 penyokong berada di kawasan itu untuk menyambut kehadiran pemain-pemain yang baru sahaja membantu kelab yang dikenali sebagai The Hatters itu melayakkan diri ke EPL.

Menyusuli perlawanan akhir yang sangat mendebarkan menentang Coventry di Stadium Wembley, yang berakhir dengan seri 1-1, Luton Town mengakhiri musim Championships di tangga ketiga – pertama kali sejak 1992 ia menduduki tiga tangga teratas. Keputusan itu sekali gus menjamin tempatnya di EPL pada musim depan.

“Ia adalah satu perjalanan yang sukar... diharapkan kami dapat menikmati musim panas nanti dan akan melihat pemain-pemain daripada Arsenal, Manchester City dan Chelsea di Kenilworth Road,” kata pemain midfield Luton Town, Pelly-Ruddock Mpanzu. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg