Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pepe penjaring gol tertua Liga Juara-Juara

Nov 08, 2023 | 02:18 PM



PORTO: Pemain pertahanan Portugal, Pepe, menjadi penjaring gol tertua dalam sejarah Liga Juara-Juara apabila tandukan lewatnya membantu FC Porto menewaskan Royal Antwerp dalam perlawanan Kumpulan H pada Rabu.


Pepe, yang berusia 40 tahun dan 254 hari, menjaringkan gol kedua pasukannya itu pada minit ke-91, sekali gus menjadi pemain pertama berusia lebih 40 tahun menjaringkan gol dalam pertandingan bola sepak Eropah.

Sebelum ini, Francesco Totti memegang rekod penjaring tertua pada usia 38 tahun dan 59 hari.

Pepe juga merupakan pemain (tidak termasuk penjaga gol) tertua dalam sejarah Liga Juara-Juara, memecahkan rekod itu apabila beliau memulakan perlawanan menentang Royal Antwerp juga pada 25 Oktober.

Penjaga gol Marco Ballotta ialah pemain tertua dalam sejarah kejohanan itu. Beliau berusia 43 tahun dan 252 hari ketika bermain untuk Lazio menentang Real Madrid pada Disember 2007.

Selain Pepe dan Totti, pemain disenaraikan sebagai penjaring gol tertua dalam sejarah Liga Juara-Juara ialah Ryan Giggs (Manchester United), 37 tahun dan 290 hari ketika menentang Benfica pada 14 September 2011; Filippo Inzaghi (AC Milan), 37 tahun dan 87 hari ketika menentang Real Madrid pada 3 November 2010; dan Javier Zanetti (Inter Milan), 37 tahun dan 72 hari ketika menentang Tottenham Hotspur pada 20 November 2010. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >