PARIS: Perancis meledakkan kekuatannya untuk melangkah ke separuh akhir Euro 2016 ini selepas menamatkan laluan Iceland yang menakjubkan dengan kemenangan besar 5-2 di Stade de France, dinihari semalam.
Dua gol jaringan bintang penyerang Olivier Giroud, selain gol-gol Paul Pogba, Dimitri Payet dan Antoine Griezmann, menjanjikan pertarungan 'menggiurkan' menentang Jerman dalam separuh akhir Khamis ini, selain memastikan laluan impian Iceland yang ibarat skrip 'Cinderella' berakhir dengan igauan buruk.