Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perancis perkukuh peluang layak ke Euro 2024 selepas atasi Ireland

Sep 08, 2023 | 10:59 AM



PARIS: Rembatan cantik Aurelien Tchouameni memberi Perancis kemenangan selesa 2-0 ke atas Ireland dalam kelayakan Euro 2024 pada Khamis, sedang pasukan yang bergelar Les Bleus itu membuka peluang untuk melangkah ke pertandingan utama tahun depan di Jerman.


Pemain midfield Real Madrid, Tchouameni, membuka jaringan dengan tendangan cantik ke hujung gawang sebelah kiri Ireland pada minit ke-19 sementara pemain gantian, Marcus Thuram, menggandakan kedudukan kepada 2-0 pada minit ke-48.

Perlawanan berlangsung di Stadium Parc de Princes di Paris.

Sejauh ini finalis Piala Dunia tahun lalu itu sudah meraih 15 mata maksimum dan gawang mereka tidak dibolosi langsung selepas lima perlawanan dalam kelayakan Kumpulan B, di mana mereka mendahului dengan sembilan mata berbanding pasukan Belanda dan Greece.

“Ia satu langkah penting. Kami telah memulakan kempen dengan sempurna sejauh ini dan tidak akan lalai,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

Belanda yang telah bermain tiga kali menundukkan Greece 3-0 di Eindhoven dan pasukan itu yang dianggap favorit dijangka melangkah ke pertandingan itu tahun depan bersama Perancis.

Ireland yang hanya meraih tiga mata daripada empat perlawanan, sudah pasti perlu menang ke atas Belanda apabila kededua pasukan itu bertemu pada Ahad bagi mencerahkan laluan ke kejohanan utama.

“Saya tidak boleh persalahkan para pemain saya. Saya fikir mereka telah memberikan segalanya,” kata pengurus Ireland, Stephen Kenny.

“Kami tewas kepada sebuah pasukan yang jauh lebih hebat.

“Perancis sememangnya bermain lebih baik secara keseluruhannya dan bagi kebanyakan pemain kami, ia pasukan terbaik yang pernah mereka tentang.”

Bermain untuk kali ke-900 dalam sejarah, Perancis jelas menunjukkan persembahan menarik berdasarkan corak permainan dan fizikal mereka, ditambah pula dengan kemampuan teknikal mereka, lantas tidak memberi ruang kepada Ireland untuk menembusi pertahanan pasukan tuan rumah.

Dalam perlawanan tersebut, Deschamps memberi peluang kepada Lucas Hernandez menyertai kesebelasan utama buat pertama kali sejak pemain pertahanan itu mengalami kecederaan serius pada lututnya semasa Piala Dunia tahun lalu, sedang pemain PSG, Ousmane Dembele, bermula di bahagian sayap kanan dan Olivier Giroud menjadi penyerang utama mereka.

Sementara Ireland pula menggunakan khidmat Adam Idah yang bermain dengan Norwich City di bahagian serangan sedang pemain remaja berbakat mereka, Evan Ferguson, mengalami kecederaan.

Hasil umpanan bintang pasukan, Kylian Mbappe, Perancis membuka tirai jaringan melalui rembatan cemerlang Thouameni – ia merupakan gol yang hampir serupa yang dijaringkannya semasa Perancis menundukkan England dalam suku akhir Piala Dunia di mana Perancis menang 2-1.

Pasukan tuan rumah kemudian menghadapi masalah apabila Giroud terhincut-hincut keluar padang pada minit ke-26 akibat kecederaan buku lalinya dan dijangka terlepas peluang bertemu Jerman di Dortmund dalam perlawanan persahabatan pada Selasa.

Penyerang Inter Milan, Thuram, kemudian menggantikan Giroud.

Thuram ternyata membawa tuah apabila beliau berjaya merembat masuk bola yang jatuh di hadapannya dari jarak dekat, selepas tendangan Mbappe diadang John Egan.

Ireland hampir merapatkan jurang apabila tandukan Chiedozie Ogbene dari jarak dekat berjaya ditepis penjaga gawang Perancis, Mike Maignan, dan keputusan kekal 2-0 hingga wisel penamat. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >